Connect with us

Travel

Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi

Published

on

Baru-baru ini, beberapa keping gambar sekumpulan pelancong asing yang sedang membersihkan kawasan dengan mengutip sampah di sekitar Langkawi telah menjadi tular di Facebook. Gambar-gambar yang telah dimuat naik oleh sebuah laman page, Trash Hero Langkawi itu memaparkan aksi Heidi bersama dengan keluarganya itu telah menarik perhatian netizen.

Heidi dan keluarganya yang tinggal di Berjaya Langkawi Resort ketika berkunjung ke pulau peranginan itu telah berjaya mengutip sampah sebanyak 16 plastik sampah bersamaan dengan 112 kilogram dan hanya menghentikan aktiviti mereka itu setelah kehabisan plastik sampah.

Heidi and her husband, staying at Berjaya Langkawi Resort – Malaysia together with 3 other heroes went back and cleaned…

Posted by Trash Hero Langkawi on Wednesday, March 13, 2019

Gambar-gambar tersebut telah mengundang perasaan malu netizen, terutamanya di kalangan penduduk tempatan yang tidak peka untuk menjaga persekitaran dan suka membuang sampah merata-rata.

“Our trash…cleaned by tourist.”

“Very sad when they can’t look after their own island.”

“Civic cleanliness starts from school.”

Heidi and her husband decided to cleanup in the outskirts area if their resort (Berjaya Hotel Beach & Spa Resort,…

Posted by Trash Hero Langkawi on Tuesday, March 12, 2019

Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita seharusnya memelihara alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata. Semoga, tindakan Heidi dan keluarga itu dapat dijadikan contoh dan iktibar untuk kita semua.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending