Connect with us

Travel

Rahsia disebalik larangan untuk mencuba perkhidmatan berurut dari gajah

Published

on

Gajah merupakan haiwan yang paling popular dan sangat sinonim dengan negara Thailand. Haiwan telah ini banyak digunakan dalam sektor perlancongan dan perniagaan dengan tujuan untuk menarik perhatian pelancong.

Selain menunggang gajah, gajah di Thailand juga diajar untuk mengurut badan pelancong. Dikatakan ramai pelancong datang ke Thailand, untuk mencuba perkhidmatan urutan dari haiwan itu.

Ada sesuatu yang orang tak sedar…

Kelihatan perkara itu sangat menakjubkan dan seronok untuk dicuba, namun disebaliknya ada fakta yang tidak diketahui ramai. Gajah-gajah ini sebenarnya telah dilatih dengan begitu kejam dan tragik, sebelum mereka dibenarkan untuk melakukan urutan terhadap manusia.

 

Pijak dan urut dengan lembut

Jika dilihat dalam gambar ataupun video-video yang dikongsikan oleh mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan tersebut, pastinya dapat dilihat bahawa gajah-gajah itu akan memijak dan mengurut badan manusia dengan lembut dan berhati hati.

Dipisahkan dari emak sejak kecil!

Disebalik pujian dan keseronokan yang dialami oleh para pelancong, sebenarnya gajah-gajah tersebut telah dilatih dengan penuh kejam dan siksaan. Gajah-gajah ini telah dilatih sejak kecil mahal terpaksa dipisahkan dengan emaknya.

Gajah disiksa dengan kejam

Dilaporkan, semasa latihan gajah-gajah ini akan dicucuk, dicederakan dan dikurung dalam sangkar yang kecil. Malah, mereka juga dibiar kebuluran, kehausan dan sudah pastinya tidur yang tidak mencukupi. Kadang kala, gajah-gajah ini akan mati saat melakukan latihan.

Disebabkan itu, gajah-gajah ini terpaksa melakukan perkara yang sudah diajar dan disuruh oleh pelatih. Gajah ini akan selalu digunakan dalam persembahan sarkis, membawa pelancong berjalan dan juga mengurut.

 

Disebabkan itu, perkara ini dianggap sebagai kekejaman haiwan dan pelancong tidak digalakan untuk mencuba sebarang perkhidmatan yang berunsurkan haiwan.

Kini, semakin banyak kesedaran yang sudah timbul mengenai kekejaman dan eksploitasi haiwan

Sumber: Elite Reader, The Dodo.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending