Connect with us

Foodie

“Premis makanan IKEA tak halal.” -Ini kenyataan JAKIM berkenaan status halal makanan IKEA

Published

on

Walaupun pihak IKEA telah memberi penjelasan berkenaan dengan produk bebola daging IKEA yang didakwa mengandungi bahan khinzir, namun terkini Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang isu tersebut di laman Facebook milik mereka.

Muat naik tersebut menjelaskan tentang isu status halal premis dan produk makanan IKEA, telah mendapat 543 komen dan dikongsi oleh 2,900 pengguna media sosial.

Penjelasan Berkenaan Isu Status Halal Premis dan Produk Makanan IKEAMinggu ini, pihak kami dihujani dengan pertanyaan…

Posted by Bahagian Hab Halal, JAKIM on Wednesday, March 20, 2019

Premis makanan IKEA belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia…

Kenyataan itu memaklumkan kepada orang ramai bahawa premis makanan IKEA belum memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Ini menunjukkan bahawa tiada pihak berkuasa yang mengesahkan status halal bagi keseluruhan bahan, ramuan, produk dan rantaian berkaitan halal di premis makanan berkenaan.

Secara umumnya, premis makanan itu belum diperakui halal oleh JAKIM atau JAIN walaupun terdapat sesetengah produk IKEA yang dijual di pasaran mempunyai sijil halal.

Oleh itu, pihak JAKIM telah menyarankan kepada pemilik makanan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang mengikut garis panduan, prosedur, peraturan, standard serta perundangan berkaitan halal yang dikuatkuasakan di negara ini.

Dengan ini, pelanggan akan memperolehi keyakinan terhadap sesebuah premis makanan yang mempunyai sijil halal. Orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau keraguan boleh melayari www.halal.gov.my.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending