Connect with us

Foodie

Popcorn KFC buat ‘comeback’, kali ini KFC perkenal perisa ‘Hot & Spicy Popcorn Chicken’

May Ai Mui

Published

on

Suatu ketika dahulu, hidangan Popcorn KFC, pernah menjadi kegemaran ramai sebelum pihak KFC memberhentikan pengeluaran menu tersebut.

Namun begitu, disebabkan permintaan yang tinggi, KFC Malaysia telah mengembalikan hidangan Popcorn KFC dengan menu terbaru iaitu ‘Hot & Spicy Popcorn Chicken’.

Perkara tersebut telah dimuat naik oleh pihak KFC Malaysia menerusi muat naik di Instagram.

View this post on Instagram

Guess who’s back? Back again in Hot & Spicy flavour. It’s the one and only iconic KFC Popcorn Chicken! Get it today from RM8.90 at a KFC outlet near you.

A post shared by @ kfcmalaysia on

Kepada penggemar makanan segara KFC, anda boleh menikmati hidangan ‘Hot & Spicy Popcorn Chicken’ secara ala carte bermula hari ini dengan harga RM8.90.

Fuh, sedapnya. Terliur beb!

Selain ala carte, pelanggan juga boleh memilih hidangan tersebut menerusi hidangan kombo bersama dengan kentang goreng dan minuman Pepsi Black atau ‘box meal’ yang dihidangkan dengan seketul ayam.

 

Menurut Ketua Pengawai Operasi KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan, keranggupan ayam bersama dengan rempah Hot & Spicy adalah bagi menjamin kepuasan pelanggan kerana ia sesuai dinikmati di mana sahaja.

Hidangan tersebut juga boleh dipadankan sebagai sampingan bersama hidangan KFC yang lain.

“Kami tahu ramai di antara anda yang amat menanti-nantikan kemunculan semula ini. Oleh itu, kami amat teruja untuk membawakan kembali Popcorn Chicken dan bagi penggemar kombo Family Feast boleh menikmati hidangan ini sebagai pembelian tambahan hanya dengan RM6.”

Oleh itu, kepada peminat popcorn KFC, anda boleh berkunjung ke restoran KFC terdekat anda untuk menikmati hidangan terbaru ini.

Popcorn KFC boleh didapati di semua cawangan restoran KFC, untuk mendapatkan maklumat selanjutnya anda boleh melayari laman web rasmi mereka.

Sumber: Utusan Online

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending