Foodie
Pertama kali mencuba Burger Nasi Lemak McD dan terbukti bukan gimik semata-mata
Burger Nasi Lemak pernah tular di media sosial ketika pelancarannya di Singapura pada beberapa bulan yang lepas. Ramai yang terliur dan menanti kedatangannya di Malaysia. Setelah sekian lama menanti, akhirnya Burger Nasi Lemak sudah tiba di sini.
Apa rasa dia? Macam Nasi Lemak ke?
So, let’s talk about this.
Kami nak sentuh dulu dari segi packaging. Design kotak dia cantik. Ambil inspirasi dari warna daun pisang. Cuma bagi kami kalau material yang digunakan untuk kotak ini diinspirasikan juga daripada versi lain Nasi Lemak seperti kertas surat khabar atau kertas minyak, mesti lagi menarik perhatian. Baru ada feel makan Nasi Lemak yang sebenarnya!
Sebaik sahaja buka kotak, burger ini dibaluti dengan kertas kitar semula. Manakala, burgernya pula terdiri daripada beberapa komponen iaitu paha ayam empuk berperisa kelapa dan disalut dengan kerangupan emping jagung, beberaa keping timun segar, bawang, telur goreng, rasa sweet and light sambal seakan di restoran mamak dan roti bun stim yang sangat lembut.
Secara jujurnya, kami suka kombinasi burger dan nasi lemak ini.
Dimulakan dengan roti, ia sangat lembut dan tidak seperti roti-roti burger yang selalu digunakan oleh Mc Donald. Rotinya yang tasteless memainkan peranan dalam mengimbangkan rasa yang terkandung di dalam ayam goreng dan sambal. Kami rasa memang roti dia sengaja dibuat khas untuk Burger Nasi Lemak. Lembut dia lain macam!
Kemudian, paha ayam goreng dia sangat rangup. Terasa macam ada santan, ditambah pula dengan kerangupan empingan jagung yang disalut sekali atas ayam, memang padu! Apa yang kami boleh cakap, ayam goreng dia adalah the real MVP. Memang puas hati makan.
Okay, sekarang kita masuk bab sambal dia. The thing is, kalau dalam skala 5, kami bagi 3 kot dari segi rasa dia? Tekak kami mungkin dah terbiasa dengan sambal Nasi Lemak yang pedas. Kalau calit rasa macam itu saja, terbayang roti Gardenia sambal bilis. Murah pun murah.
Tak pun macam Nasi Lemak bajet untuk ceramah-ceramah dekat dewan atau surau itu, macam itulah rasa sambalnya. Nak kata macam samba dekat kedai mamak pun ada. Kalau McD upgrade lagi the level of spiciness dia, kami boleh jamin semua menangis tak boleh lupakan langsung burger ini.
Telur goreng, bawang dan timun itu bagi kami sebagai penyeri dalam Burger Nasi Lemak. Ibarat macam set lengkap Nasi Lemak. Cuma tiada kacang goreng, ikan bilis goreng saja.
Secara ringkasnya, rotinya sangat lembut dan berbeza dari roti burger McD yang lain, paha ayam dia sangat sedap dan rangup serta rasa sambal macam ala-ala sambal Nasi Lemak ceramah-ceramah motivasi.
Secara purata, kami bagi 3.2/5 bagi Burger Nasi Lemak McD ini.
-
Travel3 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie3 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie3 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie3 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login