Travel
Perpustakaan Kuala Lumpur dibuka semula dengan dekorasi cantik dan kemas
Perpustakaan adalah tempat untuk mencari dan mendapatkan maklumat sebelum adanya rangkaian Internet sebelum ini.
Bagi yang sering ke perpustakaan, anda pasti tahu yang Perpustakaan Kuala Lumpur telah ditutup atas kerja penambahbaikan ruangan dalam perpustakaan.
Terbaru seorang pengguna laman Twitter @aribismail telah membuat perkongsian wajah baru Perpustakaan Kuala Lumpur yang telah dibuka kepada umum semula pada 4 November lalu.
Dekorasi dalaman lebih cantik
Beberapa keping gambar telah dikongsi oleh Arib yang menunjukkan dekorasi dan rekaan dalaman perpustakaan berhampiran Dataran Merdeka itu lebih cantik dan kemas.
Ruangan kerja yang selesa
Ruangan kerja yang selesa dan luas untuk mereka yang datang untuk menyiapkan kerja dan study di perpustakaan ini.
Anda yang ingin menikmati semua kemudahan di sini hanya perlu mendaftar sebagai ahli secara percuma dengan hanya perlu mengisi borang dan menyertakan kad pengenalan sekali.
Private room discussion & ruangan komputer
Bukan itu sahaja, bagi mereka yang ingin melakukan perbincangan berkumpulan, private room discussion dengan pintu berkaca disediakan juga.
Paling menarik adalah ruangan melayari internet yang dilengkapi dengan komputer dengan akses internet yang laju dengan dekorasi yang unik dan minimalis.
Ruangan khas kanak-kanak di tingkat bawah
Ruangan untuk kanak-kanak terletak di tingkat bawah perpustakaan ini dengan dekorasi dinding yang cantik dan susunan rak buku rendah memudahkan kanak-kanak untuk mencari buku.
Anda yang mempunyai anak kecil bolehlah datang ke sini pada hujung minggu untuk meluangkan masa bersama seisi keluarga.
Sumber : @aribismail, @kualalumpurlibrary,
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login