Foodie
Perkenalkan K Fry, hidangan daripada Korea yang sesuai untuk mereka yang bergelar hantu keju yang minat K-Pop
Bila bercerita mengenai Korea Selatan, sudah tentu ramai yang secara automatiknya membayangkan barisan selebriti cantik yang berasal daripada negara Kimchi itu.
Tidak dapat dinafikan, muzik Korea yang menjadi kini telah menjadi fenomena di Malaysia telah membuatkan ramai juga yang terpengaruh dengan budaya Korea secara tidak langsung. Bukan setakat muzik, malah produk kosmetik, makanan Korea dan budaya hidup mereka telah berjaya mempengaruhi kehidupan seharian kita.
Memandangkan betapa besarnya impak budaya Korea di dalam budaya tempatan, jadi hari ini, kami akan berkongsi dengan anda antara makanan Korea yang kami pernah cuba dan terus jatuh cinta pada pandangan pertama.
Seperti namanya, kedai makan yang dikenali sebagai K Fry Urban Korean ini merupakan sebuah restoran yang menghidangkan makanan Korea Selatan.
Antara makanan yang boleh dicuba di sini (katanya best seller kat kedai ni) adalah Ayam Bumbuk. Ayam ini dihidangkan dengan tiga perisa (perisa original, pedas atau honey mustard) dan ayam yang paling pedas menjadi pilihan kam sebab ayam ini akan disaluti dengan keju yang melimpah ruah bagi menjadikannya lebih istimewa.
Kebiasaannnya, pelayan di kedai ini akan bertanya anda terlebih dahul sekiranya anda mahukan‘salut’kan ayam tu dengan keju secara DIY ataupun mereka yang akan melakukakannya di hadapan anda. Disebabkan ini merupakan kami pertama kami berkunjung ke kedai ini, jadi kami terpaksa menahan ‘keghairahan’ kami dengan meminta bantuan mereka.
Posted by Intan Zulaikha Raja Hazenan on Tuesday, January 9, 2018
Posted by Intan Zulaikha Raja Hazenan on Tuesday, January 9, 2018
Sekiranya anda merupakan seorang yang bergelar ‘hantu cheese’ di kalangan kawan-kawan, hidangan ini merupakan hidangan yang wajib dicuba sekiranya berkunjung ke mari.
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kenikmatan rasa Ayam Bumbuk ini. Namun apa yang kami beritahu adalah kombinasi ayam pedas Korea dengan rasa berlemak cheese ini adalah merupakan sebuah inovasi kulinari yang paling sesuai dengan tekak kami.
Saiz hidangan ini adalah besar dan sesuai untuk dimakan untuk 3 hingga 4 orang. Ramai orang yang pertama kali ke sini akan gagal mengawal perasaan tamak mereka dengan memesan hidangan ini satu setiap seorang dan kemudiannya berakhir dengan penyesalan.
Selain daripada itu, nda perlu pandai pilih masa yang sesuai untuk berkungjung ke marik kerana ayam bumbuk ini akan kehabisan stok sebab laku sangat!
Jadi pada sesiapa yang teringin sangat nak cuba ayam Korea, kami cadangkan anda bolehlah mencuba ayam di K Fry Urban Korean ni. Selamat mencuba!
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login