Connect with us

Foodie

Perkenalkan burger FatPapas, nikmati sentuhan hip-hop yang halal dalam setiap hidangan

Published

on

Baru-baru ini, rangkaian restoran burger terkenal, FatPapas telah pun secara rasminya membuka cawangan mereka yang pertama di Malaysia di Kuala Lumpur. Berasal daripada Republik Singapura, restoran FatPapas ini telah pun mendapat pengiktirafan halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

Rangkaian restoran yang dimiliki oleh penyanyi rap yang berasal daripada republik itu, Sheikh Haikel telah memilih Publika Shopping Gallery di Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama mereka di Malaysia.

Majlis pembukaan restoran beliau yang telah diadakan pada 18 April 2018 itu telah dihadiri oleh rakan-rakan artis yang turun bagi memberikan sokongan. Di antara mereka yang hadir adalah Joe Flizzow, SonaOne, Ning Baizura dan Ajak Shiro yang turut serta memeriahkan majlis perasmian outlet pertama mereka di Malaysia.

Haikel bersama Ning Baizura

Dari kiri: Joe Flizzow, Haikel dan SonaOne

Dari kiri: Joe Flizzow , Annabelle , Sheikh Haikel , SonaOne , Elfaeza , Ajak & Fizie

Menurut Haikel, restoran beliau menghidangkan pelbagai jenis burger untuk para pelanggan mereka. Selain daripada itu, hidangan istimewa yang lain seperti BBQ Beef Ribs,Honey Mustard Chicken Kebab, Salted Egg Crab Pasta dan paling istimewa FatPapas Hotdog merupakan jenis-jenis menu yang wajib dicuba sekiranya berkunjung ke restoran itu.

Tidak cukup dengan itu, para pelanggan turut dibenarkan untuk membuat burger ‘custom made’ mereka di mana mereka boleh memilih jenis roti, daging dan sos-sos yang berlainan seperti truffle mayo, smoked chipotle or salted egg bagi memenuhi kehendak selera masing-masing.

Selain daripada makanan, restoran FatPapas ini turut menjual uniform dan cenderamata yang dijual khas untuk para peminat Haikel dan jenama FatPapas itu sendiri.

Bertemakan hip-hop, dekorasi di dalam kedai itu dipenuhi dengan grafiti-grafiti yang menghiasi ruangan dinding bagi menceriakan ruangan dalaman restoran itu.

Alamat : FatPapas Malaysia G2-30 Publika Shopping Gallery, KL
Instagram: @fatpapas.my

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending