Connect with us

Foodie

Perkenal aiskrim perisa sos tomato, netizen rasa ‘loya tekak’ nak cuba

Avatar

Published

on

Sejak kebelakangan ini, pelbagai perisa aiskrim boleh didapati di pasaran seperti jagung, strawberi, vanilla, coklat dan yang terbaru ialah aiskrim mocha oleh 7-Eleven Malaysia. Namun, siapa sangka gabungan antara sos tomato dan vanilla boleh dijadikan perisa untuk aiskrim.

Baru-baru ini, sebuah syarikat pengeluar makanan yang berasal dari New Zealand iaitu Wattie’s telah bekerjasama dengan Tip Top Ice Cream, yang merupakan sebuah syarikat aiskrim bagi mengeluarkan satu produk aiskrim terbaru.

Wattie’s telah mengumumkan pengeluaran aiskrim vanilla berperisa sos tomato di laman Facebook rasminya, pengumuman itu sudah pasti menarik perhatian ramai yang rata-ratanya tidak dapat membayangkan kombinasi unik perisa tersebut.

 

Muat naik tersebut telah mendapat  20,000 komen dan telah dikongsi oleh 5,000 pengguna Facebook. Rata-rata netizen beranggapan aiskrim perisa sos tomato ini merupakan satu gurauan untuk ‘April Fool’ dan berpendapat bahawa kombinasi antara sos tomato dan vanilla adalah tidak sesuai.

“Bit early for April 1st…”

Sekiranya aiskrim ini dipasarkan di Malaysia, peminat tomato boleh mencuba kombinasi perisa yang baharu ini. Setiap individu mempunyai cita rasa masing-masing, maka ia terpulanglah kepada anda untuk membuat penilaian sendiri.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending