Connect with us

Travel

Percutian ke Seoul bertukar menjadi tragedi

Published

on

Korea Selatan merupakan salah sebuah negara yang semakin popular dalam Masyarakat Malaysia. Sama ada menjadi destinasi pelancongan atau populariti Kpop yang semakin menular sehingga ke seluruh pelosok dunia. Ramai rakyat Malaysia mula mengunjungi Korea Selatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai negara ini. Tambahan pula, syarikat penerbangan kos rendah pula menawarkan penerbangan secara terus ke Seoul, Busan dan pulau Jeju hampir setiap hari.

Selepas tularnya isu tentang KLIA alami gangguan sistem, seorang lelaki telah berkongsi pengalaman melalui laman twitter tentang tragedi yang menimpa keluarganya di Seoul , Korea.

 

Abah mengadu tekak nya kurang selesa. Sehingga nak telan air pun susah

Hospital terdekat ialah Soon Chun Hyang University Hospital. Abah di bawa ke sana untuk mendapatkan rawatan dan bantuan oxygen. Adik ipar telah pergi untuk mendaftar abah di kaunter pendaftaran sementara adik stay dengan abah. Doktor memberitahu adik yang tekak abah membengkak dengan sangat teruk sehingga menyebabkan throat dia compressed dan sebabkan obstruction dan susah untuk bernafas. Kata nya perlu untuk buat procedure intubate (masukkan tube dari mulut) untuk bantu abah bernafas.

Kos registration menelan 3 juta lebih won atau bersamaan lebih RM10k

Pay claim vs Pay dulu

Bill hospital meningkat RM 20k ++

Setelah di maklumkan yang bill semalaman di ICU dalam 400k Won bersamaan dengan 1k lebih RM. Charge untuk nurse yang menjaga juga sama itu belum termasuk charge  doktor dan pakar yang terlibat dan mesin serta rawatan lain. Doktor bercadang untuk buat CT Scan dan bakal menelan belanja sebanyak 600k WON bersamaan RM 2k ++. Jika tidak dibuat keadaan semakin melarat.

Kami terpaksa setuju dan mereka membuat procedure tersebut. Bill perlu di bayar segera. untuk teruskan dengan rawatan.

4 Hari 3 Malam kos menelan sebanyak RM40,000

Dr Riduan dari Klinik Anda

Dr Riduan, adalah Owner Klinik Anda. Bertanya pendapat dan idea beliau. Akhir sekali, lelaki ini terlintas di fikiran untuk membawa Dr Riduan ke sana untuk melihat dan membantu apa yang patut untuk membawa bapanya balik ke Malaysia dapat rawatan di sini pula.

Mungkin dengan condition yang sedikit stabil dan assist daripada medical doctor mereka boleh pertimbang untuk benar kan kami bawa baik abah ke Malaysia.

MAS Airlines harapan terakhir

Pihak medivac MAS telah beritahu diluluskan untuk  terbang pulang. Dengan bersyarat:

Pencarian Oxygen Machine

Oxygen machine pula puas kami round. memang tak jumpa. Akhirnya ada juga yang boleh dapatkan. Tapi harga nya RM10,000. memang luar kemampuan waktu itu. Kami lihat flight MAS ke Seoul untuk tumpang hantar machine tersebut disebabkan machine tersebut adalah vendor kepada MAS. Malangnya flight paling cepat ke sana hanya keesokan hari. Yang mana tak akan sempat sampai sebelum flight kami yang sudah di beli.

Tuhan permudahkan dengan membeli tiket untuk adik perempuan lelaki itu dalam masa yang singkat. Pesediaan rapi telah dibuat. Ahli keluarga lain pergi urus dan hantar adik ke airport beramai ramai untuk misi ini.

Pujian patut diberi kan kepada semua cabin Crew MAS. Mereka sangat banyak membantu dan sangat cekap mengurus kes kes seperti ini. You all had my hat off. Superb services. Syabas !

Cabaran demi Cabaran

Crew update ketua mereka benarkan dan terus menggunakan oxygen support mereka pada ayahnya.  Satu tank tahan dalam 30 minit -45 minit. 2 tong habis digunakan. Sebelum sambung guna oxygen machine simpan untuk mendarat.

Alhamdulilah, sampai di bumi Malaysia

 

Menurutnya,  total kerugian di anggar sekitar RM 120,000 dan berharap rakyat Malaysia sentiasa mengambil berat tentang travel insurance. Setinggi tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia yang banyak membantu.

Sumber: KamarolKahar

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending