Connect with us

Travel

Penggunaan duit palsu dan sindiket derma, lelaki ini dedah penipuan jual beli di China

Published

on

Setiap kali ingin bercuti, seseorang itu haruslah membuat kaji selidik tentang negara yang ingin dilawati, tidak kira dari aspek pengangkutan, penginapan, makanan, atau keselamatan.

Dengan ini, mereka dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kerana telah memahami keadaan dan persekitaran di negara tersebut dengan jelas.

Terbaru, seorang lelaki yang bernama Nur Syawaludin, telah memuat naik posting berkenaan dengan penipuan yang berlaku di Guangzhou. Perkongsian tersebut diharapkan dapat memberi makluman kepada orang ramai supaya berhati-hati apabila berkunjung ke tempat tersebut.

Berikut merupakan 11 pesanan yang diberi oleh lelaki ini melalui laman sosial Facebook.

PENIPUAN di Guangzhou.(Berhati2 sebelom terkena)* Jika di plaza borong, akan ada yg akan jerit "change money, change…

Posted by Nur Syawaludin on Tuesday, March 26, 2019

1. Penggunaan duit palsu

Pelancong dinasihatkan untuk tidak menukar duit di plaza borong kerana kebanyakannya adalah duit palsu.

2. Bilik kebal

Sekiranya anda diajak untuk ke bilik kebal semasa bersiar-siar, pelancong janganlah mendengar arahan tersebut kerana mereka akan memaksa pelancong untuk membeli barang-barang.

Apabila tidak membeli seperti yang diarahkan, anda tidak dibenarkan untuk keluar dari bilik kebal.

3. Check baki duit yang diberi

Pelancong diminta untuk memerhati tangan pemandu teksi dengan teliti untuk memastikan pemandu tersebut tidak menukarkan duit anda ke duit palsu.

Oleh itu, anda harus memastikan tempat duduk penumpang di bahagian depan diduduki oleh rakan atau keluarga anda. Pelancong digalakkan untuk membuat pembayaran melalui aplikasi Wechat Pay.

4. Sindiket minta derma untuk masjid

Selain itu, terdapat sindiket meminta derma untuk tujuan pembinaan masjid di kawasan plaza borong. Jadi, pelancong janganlah memberi derma kepada mereka kerana masjid itu tidak pernah siap dibina dari tahun 2013.

5. Menjual barang tiruan

Pelancong juga jangan membuat urusan jual beli dengan peniaga yang menjual produk mereka secara sorok-sorok kerana barangan tersebut akan ditukar ke barang fake.

Antara produk yang dijual ialah laptop, iPad dan telefon bimbit.

6. Elak beli dalam kuantiti yang banyak

Sekiranya terjumpa dengan peniaga yang menjual makanan seperti manisan, elakkan membelinya dalam kuantiti yang banyak supaya tidak ditipu.

Namun, makanan yang telah dipotong seperti buah-buahan boleh dibeli.

7. Guna teksi yang ada meter

Ketika menaiki teksi di Guangzhou, pastikan teksi tersebut menggunakan meter dan pelancong perlu meminta resit sebagai bukti pembayaran.

8. Bagi derma sikit je…

Walaupun mempunyai perasaan belas kasihan, pelancong dinasihatkan untuk tidak mengikut perasaan dengan memberi derma dalam bilangan yang banyak, kerana peminta derma akan datang beramai-ramai.

 

9. Barangan tidak berkualiti

Jangan membeli barang-barang seperti paip air, mesin urut dan mancis api yang dijual di plaza borong. Harganya mahal dan kualiti barang tersebut juga tidak bagus.

10. Rate yang diberi melebihi rate semasa

Jangan menukar duit sekiranya mereka memberi rate yang melebihi rate semasa. Sebagai contoh, individu tersebut memberi rate RM1.70 walaupun rate semasa ialah 1.65.

Peluang anda untuk mendapatkan duit palsu adalah tinggi.

11. Check barang yang dibeli di depan pembekal

Setelah memberi sesuatu barang, anda harus check barang tersebut. Walaupun lambat tetapi langkah-langkah berjaga seperti ini dapat menyelamatkan anda daripada ditipu.

Lelaki itu juga memberi pesanan untuk membawa bagasi yang secukupnya dan harus menjaga pasport dengan baik. Sekiranya tidak mengambil langkah berjaga-jaga ketika bercuti, maka ia akan mengundang perkara yang tidak diingini berlaku.

Oleh itu, pelancong harus lebih berhati-hati dan membuat ‘homework’ dulu sebelum pergi bercuti ke sesebuah negara.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending