Foodie
Penggemar menu masakan Cina? Ini 7 restoran Cina Muslim yang paling ‘best’ di Lembah Klang
Makanan merupakan perkara yang dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Dari roti canai sehinggalah dim sum, majoriti rakyat Malaysia tidak bersikap rasis apabila bercakap mengenai makanan.
Tidak dapat dinafikan, makanan Cina Muslim antara jenis hidangan yang menjadi kegemaran ramai. Antara yang popular adalah yong tau fu, ayam kung pao, nasi ayam hainan dan lain-lain.
Berikut merupakan senarai restoran yang menghidangkan makanan Cina Muslim yang lazat di sekitar Lembah Klang.
1. Golden Valley
Restoran Golden Valley merupakan salah satu restoran terkenal yang menghidangkan menu masakan kaum Cina autentik, seperti Sweet & Sour Fish, Ginger Beef Kuey Teow, Fresh Water Prawn Noodles, dan banyak lagi.
Menu hidangan yang enak dan memenuhi citarasa pelanggan telah menyebabkan restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Anda dinasihatkan menempah lebih awal untuk menikmati hidangan sebelum ke sini.
Anda boleh kunjungi Restoran Golden Valley di LGB Tower, 1 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur atau hubungi di talian 03-7722 1488.
2. Restoran Homst
Melihatkan menu hidangan sajian Cina Muslim yang lazat dan enak seperti Butter Prawns dan Steamed Eggs, telah menjadikan restoran Homst menjadi pilihan ramai.
Restoran ini mempunyai beberapa cawangan iaitu di TTDI, Shah Alam dan Bangi. Ruang makan yang selesa amat sesuai kepada keluarga untuk menikmati hidangan di sini.
3. Restoran Seafood Hj. Sharin Low
Kepada pelanggan yang ingin menikmati masakan Cina Muslim dengan harga yang berpatutan, bolehlah berkunjung ke Restoran Seafood Hj Sharin Low.
Mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan dari ayam hingga ke sotong, yang pastinya amat menyelerakan dan enak.
Pelanggan yang ingin berkunjung ke Restoran Seafood Hj Sharin Low boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook rasmi Restoran Seafood Hj Sharin Low.
4. Restoran Seafood Muhibbah
Selain itu, Restoran Seafood Muhibbah juga menjadi pilihan orang ramai terutamanya pelanggan yang tinggal di sekitar Damansara. Antara sajian makanan yang dihidangkan adalah Ginger Steamed Fish, Kam Heong Prawns dan menu popular, Deep Fried Sotong.
Restoran yang terletak di Lot 2851, Jalan Seri Penchala, Kg Sg Penchala, Kuala Lumpur ini dihiasi dengan kerlipan lampu yang cantik, sekaligus mencetuskan suasana romantik dalam restoran ini.
5. Restoran Cina Muslim, Amber
Mi tarik merupakan hidangan popular di Restoran Cina Muslim, Amber. Kelazatan dan kekenyalan mi yang dibuat sendiri, telah menambat hati penggemar makanan bangsa Cina. Restoran ini yang menhidangkan menu dari kawasan Cina Utara, turut menyajikan Roasted Lamb Chops dan Griddle Cooked Duck
Kepada mereka yang menggemar mi tarik, anda boleh berkunjung ke restoran mereka yang terletak di Unit – 1-14, Level 1, Nexus No. 7, Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.
6. Restoran Muhammad Chow
Restoran Muhamamd Chow yang terletak di Damansara Perdana ini, pernah tercalon dalam Top 5 Best Chinese Restaurant for TimeOut KL Food Awards 2015. Penganugerahan ini jelas membuktikan bahawa menu masakan mereka amat lazat dan berkualiti.
Hidangan yang harus dicuba oleh pelanggan adalah Salted Egg Crabs dan Buttermilk Prawns. Pelanggan boleh berkunjung ke Restoran Muhammad Chow yang terletak di No. 3, Jalan PJU 8/5h, Damansara Perdana, Petaling Jaya.
7. Restoran Adam Lai
Sejak mula beroperasi pada tahun 2012, Restoran Adam Lai telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penggemar masakan Cina. Menu hidangan yang pelbagai, seperti Cantonese Yee Mee, Fried Spring Chicken, Kong Po Beef dan lain-lain telah mendapat tempat di hati pelanggan setia mereka.
Kepada mereka yang berminat dengan masakan Kantonis, bolehlah berkunjung ke Restoran Adam Lai, 69-G, Jalan Pahat H 15/H, 40200 Seksyen 15, Shah Alam.
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login