Connect with us

Travel

Pendaki tertangkap ‘berasmara’, Gunung Rinjani kini diasingkan khemah lelaki perempuan

Published

on

Gunung Rinjani adalah sebuah gunung berapi yang masih lagi aktif di Lombok, Indonesia. Gunung tersebut merupakan gunung kedua terbesar di negara itu, dan amat terkenal dalam kalangan kumpulan pendaki dari dalam, mahupun luar negara.

Pemandangan yang sangat cantik!

Asingkan khemah lelaki dan perempuan!

Baru-baru ini Agensi Taman Nasional Gunung Rinjani telah mencadangkan agar peraturan baru yang lebih berteraskan syariah perlu dilaksanakan.

Peraturan baru tersebut adalah melibatkan pengasingan khemah di antara pendaki lelaki dan juga perempuan yang belum berkahwin.

Polisi yang masih dalam perbincangan tersebut dijangka bakal dilaksanakan pada bulan hadapan. Pihak agensi turut memberi jaminan ruang pengasingan bagi khemah lelaki dan perempuan adalah mencukupi.

“Perkara ini masih dibincangkan, kami dalam usaha untuk melaksakan peraturan itu,” kata Ketua TNGR, Sudiyono seperti dilaporkan portal berita The Jakarta Post pada Rabu.

Salute lah! Patuh syariah!

Cadangan pelaksanaan polisi tersebut dikemukakan oleh penduduk tempatan, susulan daripada kejadian gempa bumi yang berlaku tahun lalu. Mereka percaya ianya akibat dari perbuatan tidak bermoral yang dilakukan oleh pendaki.

Semoga dengan pelaksanaan polisi baru ini, aktiviti-aktiviti tidak bermoral dan tidak sihat dapat dihindarkan.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending