Connect with us

Foodie

Penantian berakhir! Akhirnya GrabFood kini ada di Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kuching & KK bermula 22 April ini

Avatar

Published

on

Sudah pasti orang ramai yang berada di kawasan Lembah Klang pernah menggunakan perkhidmatan GrabFood sejak ianya diperkenalkan.

Perkhidmatan tersebut telah disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana aplikasi itu menawarkan pelbagai pilihan sajian daripada restoran yang berbeza dan tempoh penghantaran yang laju.

Terbaru, Grab Malaysia telah mengumumkan bahawa perkhidmatan GrabFood akan diperluaskan ke luar kawasan Lembah Klang, iaitu di Pulau Pinang, Melaka, Johor, Kuching dan Kota Kinabalu.

Dah boleh order GrabFood dah…

Selain itu, Grab Malaysia juga mengumumkan bahawa aplikasi GrabFood sedia ada akan digabungkan bersama aplikasi Grab bermula 17 April. Dengan ini, adalah lebih mudah untuk orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka melalui satu aplikasi sahaja.

Mudah sangat!

Penggunaan aplikasi tersebut juga membenarkan pelanggan untuk mengetahui promosi terkini, restoran dan informasi penting seperti masa tutup serta ratings sesebuah restoran.

Pengguna setia Grab juga boleh menebus baucar GrabRewards, dan menghubungi ‘Riders’ melalui GrabChat.

“Since our launch last year, our orders have been steadily growing by 30% on a monthly basis, and to date, we have completed more than two million deliveries. Therefore, the move to integrate the GrabFood app with the Grab app will bring more value and opportunities to all who are part of GrabFood’s ecosystem,” ujar Ketua Negara Grab Malaysia, Sean Goh.

Berita baik ini sudah tentu menggembirakan pengguna setia GrabFood, terutamanya kepada mereka yang berada di luar kawasan Lembah Klang.

Sumber: The Star

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending