Connect with us

Foodie

Peminat teruja dengan minuman keluaran terbaru Tealive, ‘Golden Pearl Milk Tea’

Avatar

Published

on

Sebut sahaja Tealive, pastinya ramai yang mengenali jenama tersebut yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Minuman Tealive tidak asing lagi dalam pasaran Malaysia dan rata-rata peminat minuman ‘bubble tea’ gemar untuk membelinya.

Baru-baru ini, Tealive Asia telah mengumumkan minuman keluaran terbaru yang dipanggil, ‘Golden Pearl Milk Tea’ melalui laman rasmi Instagram mereka.

Muat naik tersebut telah mendapat perhatian ramai peminat Tealive dan mencecah 5, 718 tanda suka (likes) daripada pengguna Instagram.

https://www.instagram.com/p/BvqIoZCjxPr/

Rata-rata netizen yang melihat posting berkenaan berasa teruja dengan pengumuman tersebut dan tidak sabar untuk mencuba minuman terbaru itu. Namun, terdapat sebahagian netizen yang menganggap pengumuman tersebut adalah satu gurauan untuk ‘April Fool’.

Kepada penggemar minuman ‘bubble tea’, apakah pendapat anda tentang pengumuman tersebut? Sekiranya ia benar, kita nantikan minuman ‘Golden Pearl Milk Tea’ ini di cawangan Tealive Malaysia.

Sumber: Instagram

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending