Connect with us

Foodie

Peminat bubur butir nangka boleh ikuti 5 langkah mudah resipi ini. Pasti budak2 suka!

Published

on

Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Munira ByMhy telah berkongsi resipinya memasak bubur butir nangka. Melalui posting tersebut, dia telah menyenaraikan bahan-bahan yang perlu disediakan dan cara membuatnya.

Kepada mereka yang gemar dengan hidangan ini, bolehlah mengikuti 5 langkah mudah seperti berikut. Sebelum itu, antara bahan yang diperlukan untuk membuat doh ialah 3 cawan tepung pulut, 1 cawan tepung gandum, 1 setengah cawan air, air (untuk direbus), pewarna, sedikit garam dan 2 helai daun pandan.

Terliur beb!

Selain itu, terdapat beberapa bahan yang digunakan untuk membuat kuah bubur butir nangka. Antaranya ialah 1 kotak santan kara, sehelai daun pandan, 1 cawan gula, 1 sudu kecil garam dan sediakan air yang secukupnya.

1. Uli tepung pulut & tepung gandum

Anda perlu menguli tepung pulut, tepung gandum dan air sehinggakan ianya menjadi doh. Selepas selesai, asingkan doh tersebut dan warnakan menggunakan pewarna yang telah disediakan.

2. Bentukkan jadi saiz butir nangka yang kecil

Kemudian, bentukkan doh menjadi saiz butir nangka yang kecil.

3. Masukkan butir nangka dalam air yang mendidih

Seterusnya, panaskan air dalam periuk dan letak daun pandan serta bubuh sedikit garam ke dalamnya. Anda boleh masukkan butir nangka yang telah dibuat satu per satu sekiranya air sudah mendidih.

Masukkan dalam air sejuk atau air ais selepas ianya timbul.

4. Masukkan santan

Masukkan air, gula, daun pandan dan bubuh garam ke dalam periuk. Sukatan air adalah mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Selepas itu, masak air sehingga mendidih dan biarkan gula hancur.

Sejurus itu, anda perlu memastikan api dikecilkan sebelum memasukkan santan dan kacau sehingga rata.

5. Masukkan butir nangka

Akhir sekali, masukkan butir nangka. Kacau hidangan tersebut dan pastikan ianya dimasak dengan api perlahan.

Bubur butir nangka siap!

Sumber: Munira ByMhy

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending