Foodie
Peminat bubur butir nangka boleh ikuti 5 langkah mudah resipi ini. Pasti budak2 suka!
Seorang pengguna Facebook, dikenali sebagai Munira ByMhy telah berkongsi resipinya memasak bubur butir nangka. Melalui posting tersebut, dia telah menyenaraikan bahan-bahan yang perlu disediakan dan cara membuatnya.
Kepada mereka yang gemar dengan hidangan ini, bolehlah mengikuti 5 langkah mudah seperti berikut.
Sebelum itu, antara bahan yang diperlukan untuk membuat doh ialah 3 cawan tepung pulut, 1 cawan tepung gandum, 1 setengah cawan air, air (untuk direbus), pewarna, sedikit garam dan 2 helai daun pandan.
Terliur beb!
Selain itu, terdapat beberapa bahan yang digunakan untuk membuat kuah bubur butir nangka. Antaranya ialah 1 kotak santan kara, sehelai daun pandan, 1 cawan gula, 1 sudu kecil garam dan sediakan air yang secukupnya.
1. Uli tepung pulut & tepung gandum
Anda perlu menguli tepung pulut, tepung gandum dan air sehinggakan ianya menjadi doh. Selepas selesai, asingkan doh tersebut dan warnakan menggunakan pewarna yang telah disediakan.
2. Bentukkan jadi saiz butir nangka yang kecil
Kemudian, bentukkan doh menjadi saiz butir nangka yang kecil.
3. Masukkan butir nangka dalam air yang mendidih
Seterusnya, panaskan air dalam periuk dan letak daun pandan serta bubuh sedikit garam ke dalamnya. Anda boleh masukkan butir nangka yang telah dibuat satu per satu sekiranya air sudah mendidih.
Masukkan dalam air sejuk atau air ais selepas ianya timbul.
4. Masukkan santan
Masukkan air, gula, daun pandan dan bubuh garam ke dalam periuk. Sukatan air adalah mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Selepas itu, masak air sehingga mendidih dan biarkan gula hancur.
Sejurus itu, anda perlu memastikan api dikecilkan sebelum memasukkan santan dan kacau sehingga rata.
5. Masukkan butir nangka
Akhir sekali, masukkan butir nangka. Kacau hidangan tersebut dan pastikan ianya dimasak dengan api perlahan.
Bubur butir nangka siap!
Sumber: Munira ByMhy
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login