Foodie
Pemilik kafe Islam, namun hidang daging khinzir sebagai menu utama pilihan golongan ‘Muslim Liberal’
Baru-baru ini menerusi video di Coconut TV, satu pendedahan mengenai Muslim Liberal di Indonesia amat mengejutkan dunia.
Dokumentari berdurasi lebih 9 minit tersebut memaparkan bagaimana golongan tersebut semakin berani mencuba dan makan daging khinzir tanpa ada rasa was-was, malah berbangga.
Di salah sebuah kafe yang agak popular di Jakarta iaitu Panggangin, menu utama berasaskan daging khinzir ini telah disediakan khas bagi Muslim.
Kafe ini diusahakan oleh dua orang lelaki yang berlainan agama iaitu Derra yang beragama Islam serta Sulung yang bersifat vegetarian.
Nauzubillahi min zalik. Moga ia tak berjangkit ke Malaysia. Tanda2 sangat hampirnya Hari Kiamat. Tak cukupkah lagi gempa bumi, tsunami, kemalangan udara dan macam2 lagi tragedi sebagai peringatan dari yang Maha Berkuasa?
Posted by Ariff Ariffin on Monday, July 15, 2019
Kafe tersebut menyediakan makanan asli Indonesia, namun lebih mengutamakan daging khinzir sebagai bahan asasnya.
Kedua-dua pemilik kafe ini yakin jika mereka menyediakan makanan yang bersifat haram kepada golongan Muslim, ianya dapat menarik pelanggan untuk lebih dekat dan berminat dengan kafe tersebut.
Pemilik kafe, Derra & Sulung
Derra juga menegaskan, mereka tidak memaksa orang Muslim untuk makan daging khinzir kerana mereka telah memaklumkannya secara meluas menerusi Instagram kafe tersebut, tentang status tidak halal daging khinzir.
Walau bagaimanapun, dia berkata ianya terserah kepada seseorang individu itu terutamanya orang Muslim, jika mereka memilih untuk makan daging khinzir yang disediakan.
Petikan dari video oleh Coconut.TV
Seorang pelanggan Muslim yang bernama Aryo juga menceritakan pengalamannya sewaktu pertama kali mencuba daging haram tersebut.
“Pada mulanya saya ingin mencuba atas dasar ingin tahu yang sungguh kuat. Semakin dilarang, semakin membuak rasa hendak mencuba, dan sekarang boleh dikatakan saya sangat menyukai rasa daging khinzir tanpa rasa was-was.”
Pemilik kafe tersebut juga memberikan pandangan bahawa orang Muslim sekarang sudah bebas untuk berzina, meminum arak, serta mengambil dadah.
Namun khinzir dikatakan haram untuk dimakan, walhal ianya hanyalah makanan dan tidak memudaratkan seperti yang lain.
Pandangan yang diberikan dalam video tersebut telah mengelirukan orang Muslim, dan kepada mereka yang baru ingin mengenal Islam. Pendedahan video ini sememangnya membimbangkan netizen.
Pelancong Islam yang ke Indondesia juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan peka dengan tahap halal restoran atau kafe yang diusahakan orang Muslim, namun menyediakan daging khinzir.
Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi dan haiwan yang disembelih disebut nama selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampau, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Surah Al-Baqarah ayat 173).
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login