Connect with us

Travel

Pasport hilang ketika melancong, lelaki ini kongsi ‘tips’ gunakan pas kecemasan

Published

on

Kehilangan pasport ketika melancong, sering berlaku disebabkan kecuaian ataupun dicuri oleh seseorang. Seorang pengguna Facebook, Syahrim Naim telah berkongsi pengalaman kehilangan pasport ketika bercuti di Jepun.

Berikutan itu, dia berkongsi apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang jika mereka kehilangan pasport ketika bercuti ke luar negara.

Pasport  tertinggal dalam bas…

Menurut Syahrim, adalah penting bagi seseorang untuk mengambil foto bahagian yang tertera informasi pemilik pasport, supaya ia akan memudahkan urusan kecemasan.

Menyimpan nombor kedutaan Malaysia adalah langkah yang perlu dilakukan, dan memastikan kad kredit anda boleh digunakan ketika di luar negara jika berlaku sebarang kecemasan.

Buat pas kecemasan

Susulan kejadian tersebut, langkah pertama yang dilakukan Syahrim adalah menghubungi kedutaan Malaysia, berkenaan dengan kes kehilangan pasport yang dialami oleh bapanya, dan telah diberitahu untuk membuat pas kecemasan di Tokyo.

Oleh itu, mereka yang bercuti di Fukuoka perlu berkunjung ke kedutaan Malaysia yang terletak di Tokyo untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Tips nak buat pas kecemasan di Tokyo

1. Buat laporan polis di Shibuya Police Station, Tokyo

Pelancong yang mengalami kehilangan pasport digalakkan untuk membuat laporan polis. Syahrim telah ke Shibuya Police Station, kerana balai polis tersebut sering kali mengendalikan kes-kes kehilangan pasport.

Selepas membuat laporan, balai polis itu akan membuat satu laporan dan anda harus memberikan salinan itu kepada kedutaan.

2. Ambil foto pasport

Pelancong dikehendaki untuk mengambil foto berukuran pasport sebanyak 3 keping. Kedai gambar boleh dijumpai di sekitar Shibuya.

3. Datang awal

Pelancong juga digalakkan untuk datang awal ke kedutaan Malaysia supaya urusan boleh diselesaikan dengan secepat mungkin. Kedutaan Malaysia di Tokyo dibuka pada jam 9 pagi.

4. Pas sah untuk tempoh 1 bulan sahaja…

Kepada pelancong yang kehilangan pasport, pas kecemasan yang dibuat oleh kedutaan Malaysia hanya sah untuk tempoh 1 bulan sahaja.

5. Pastikan ada copy tiket flight

Selain 3 keping foto, pelancong harus membuat salinan tiket penerbangan dan diserahkan kepada pihak kedutaan. Salinan tiket penerbangan tersebut adalah untuk menentukan tahap ‘urgent’ keperluan pas kecemasan.

6. Bergantung kepada tarikh flight…

Pas kecemasan boleh disiapkan dalam masa sehari sekiranya tarikh penerbangan anda tidak lama lagi. Sementara menunggu pas kecemasan disiapkan, pelancong boleh bersiar-siar di kawasan Tokyo kerana ianya akan siap pada waktu petang.

Sejurus mendapat pas kecemasan, anda boleh meneruskan perjalanan di sekitar Tokyo.

Namun, kedutaan tidak perlu menyiapkan pas kecemasan anda dalam masa sehari sekiranya tarikh penerbangan anda bukan dalam masa terdekat.

Oleh itu, pas kecemasan akan disiapkan bergantung kepada situasi.

7. Mesti kena buat kat Tokyo!

Menurut Syahrim, pas kecemasan harus dibuat di ibu kota Jepun, Tokyo walaupun mengalami kehilangan pasport di tempat  seperti Osaka, Fukuoka, Kyoto dan lain-lain lagi.

8. Maklumkan segera kepada kedutaan

Pelancong yang kehilangan pasport dinasihati untuk memaklumkan kepada kedutaan Malaysia secepat mungkin supaya pengawai yang bertanggungjawab untuk menandatangani pas kecemasan anda boleh bersedia lebih awal.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending