Connect with us

Travel

“Pasir pantai putih, seputih tepung!” -Terpukau keindahan Pulau Redang, ‘photographer’ ini kongsi tips ke sana!

Published

on

Sebut sahaja Pulau Redang, pastinya ramai yang terpukau dengan keindahan pulau itu yang terletak di Terengganu itu.

Baru-baru ini,  seorang jurugambar iaitu Arif Azhar telah berkongsi pengalamannya bercuti ke Pulau Redang selama 4 hari 3 malam di Facebook.

Menurut Arif, keindahan Pulau Redang sukar ditandingi mana-mana pulau di semenanjung Malaysia, kerana kejernihan air lautnya. Arif juga turut berkongsi tips kepada pelancong yang ingin ke sana.

Wajib datang ke Pulau Redang!

 1. Perjalanan

Posted by Arif Azhar on Tuesday, March 12, 2019

Menurut Arif, pengangkutan udara menjadi pilihan untuk ke Terengganu kerana ia menjimatkan masa berbanding menggunakan kereta dan bas, yang memerlukan perjalanan selama 4 sehingga 5 jam. Penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Terengganu ini berharga lebih RM160.

Selain itu, perjalanan Merang ke Redang memerlukan 45 minit. Berikutan itu, dia memilih menaiki pesawat supaya dapat menyimpan tenaga untuk berseronok di Pulau Redang.

2. Penginapan

Selain pengangkutan, pemilihan penginapan juga penting untuk menjamin keselesaan pelancong. Dalam percutian ini, Arif dan 7 orang rakannya telah menginap di ‘Redang Mutiara Beach Resort’.

Resort tersebut juga merupakan pantai persendirian (private beach). Pemandangan dan suasana di situ aman dan tenang, dan ia sesuai untuk pelancong yang ingin bersantai di tepi pantai.

Namun kepada pelancong yang inginkan kemeriahan seperti karaoke, anda boleh menginap di kawasan ‘Laguna Redang Island Resort’ atau ‘Redang Pelangi Resort’ kerana tempat tersebut adalah kawasan tumpuan orang ramai.

3. Aktiviti

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelancong ialah menyelam, snorkeling dan jungle trekking. Melalui perkongsian Arif, mereka menjumpai belut laut dan pelbagai jenis ikan ketika melakukan aktiviti snorkeling, namun tidak berhasil menemui penyu. 

Sekiranya pelancong ingin melihat ikan dengan lebih dekat, maka anda boleh menyediakan roti bagi mengumpan mereka datang dekat. Selain snorkeling, aktiviti menyelam juga popular di Pulau Redang.

Aktiviti jungle trekking juga menarik dan memerlukan 45 minit, jadi pelancong dinasihatkan datang awal untuk menikmati pemandangan matahari terbit.

4. Makanan

Makanan yang dihidangkan adalah dalam gaya bufet, pelancong bolehlah membawa makanan sendiri seperti kacang, buah-buahan dan Maggi sekiranya makanan yang disediakan tidak menetapi cita rasa.

Walau bagaimanapun, anda boleh berkunjung ke beberapa restoran yang terletak di Long Beach, namun pelancong perlu menaiki bot teksi yang berharga RM35.

5. Bajet

Perbelanjaan yang digunakan adalah sebanyak RM500 seorang selama 4 hari 3 malam, tidak termasuk tiket penerbangan. Sekiranya rajin membuat survey, pelancong boleh mendapatkan harga yang lebih murah dan berpatutan.

Menurut Arif, dia memberikan lima bintang untuk percutiannya kali ini, kerana kebersihan dan keindahan Pulau Redang yang tiada bandingannya.

Selain itu, pulau tersebut beroperasi untuk tujuan percutian hanya selama 8 bulan dalam setahun iaitu dari bulan Mac sehingga bulan Oktober sahaja.

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending