Connect with us

Foodie

Pasaraya di Sarawak dah mula ‘pack’ sayuran guna daun pisang, gantikan plastik

Published

on

Penggunaan beg plastik atau barangan yang berasaskan plastik mendatangkan pelbagai masalah lebih-lebih lagi kepada alam sekitar.

Kempen dan usaha telah dilancarkan demi mengurangkan permasalahan yang berkaitan dengan plastik sejajar dengan mengurangan masalah pencemaran.

Sebuah cawangan pasaraya yang terkenal di Sarawak telah memperkenalkan alternatif terbaru untuk menggantikan plastik.

Packaging daun pisang ganti plastik

Sebuah pasaraya terkenal di Sarawak yang mempunyai banyak cawangan di negeri bumi kenyalang itu juga mempunyai cawangan di negeri bawah bayu juga.

Pasaraya Everrise memperkenalkan packaging menggunakan daun pisang yang sekaligus mengurangkan penggunaan beg plastik.

Bermula di cawangan Viva City Mall, Kuching

Pembungkusan menggunakan daun pisang itu dilakukan secara berperingkat yang dimulakan di cawangan Viva City Mall, Kuching dan bakal meneruskan langkahnya pada cawangan-cawangan yang lain.

Menarik dan mesra alam

Alternatif pembungkusan baru itu nampak menarik dan mesra alam disamping ia juga dapat mengekalkan kesegaran juga.

Penduduk tempatan dapat menjana pendapatan

Berita baik bagi penduduk tempatan pula, secara tidak langsung mereka dapat menjana pendapatan dengan hasil jualan daun pisang kepada pihak pasaraya ini.

Sumber : Everrise

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending