Connect with us

Foodie

“Order pakai bahasa Isyarat!” – Starbucks Pulau Pinang ambil golongan bisu dan pekak sebagai pekerja

Published

on

Siapa tidak kenal dengan satu jenama minuman yang sangat terkenal kerana penghasilan minuman yang sentiasa memikat hati pelanggannya dengan pelbagai pilihan dari kopi, teh dan termasuklah kek.

Starbucks sebelum ini telah membuka cawangannya khas di Bangsar, paling menarik barista adalah dari golongan istimewa, yang menggunakan bahasa isyarat.

Terbaru, Starbucks telah membuka satu cawangan terbaru berlokasi di tengah-tengah komuniti pekak di Pulau Pinang.

Cawangan kedua guna sign language di Malaysia

Menariknya, ini merupakan cawangan kedua dibuka oleh Starbucks yang menggunakan sign language dan cawangan keempat di dunia!

Latihan profesional dan kelas bahasa isyarat

Hasil kerjasama Starbucks Malaysia dengan Persatuan Pekak Pulau Pinang ini membantu memberikan latihan profesional kepada pekerja dengan lebih baik.

Selain itu, terdapat juga peluang latihan industri dan kelas bahasa isyarat untuk tujuh barista di cawangan itu.

Peluang pekerjaan kepada komuniti pekak

Presiden Persatuan Pekak Pulau Pinang berkata pihak mereka amat teruja bekerjasama bersama syarikat minuman yang dapat memberikan peluang pekerjaan kepada komuniti pekak di sana.

Dulang digital dan sistem jualan beserta paparan

Kedai tiga tingkat di Pulau Pinang ini mempamerkan inovasi digital dan terdapat satu lukisan mural hasil sentuhan dari pelukis tempatan pekak, Lim Anuar.

Titik sentuhan di cawangan terbaru ini memenuhi keperluan golongan pekak termasuklah penggera visual, dulang digital dan sistem jualan beserta paparan bagi memudahkan urusniaga.

Bagi pelanggan yang tidak tahu bahasa isyarat, jangan risau kerana anda akan diberikan nombor giliran untuk dapatkan minuman anda apabila siap nanti.

Sumber : Starbucks, Business Insider

 

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending