Connect with us

Foodie

Obses sangat dengan ‘bubble tea’? Rakyat Malaysia dikejutkan dengan resipi ‘telur dadar pearl’

Published

on

Tidak dapat dinafikan bahawa ramai rakyat Malaysia yang gemar menikmati minuman ‘bubble tea’, sehinggakan orang ramai sanggup menunggu lama untuk membelinya.

Selain itu, pearl yang terdapat dalam minuman tersebut membuatkan ramai menjadi obses dengan minuman ‘bubble tea’ kerana rasanya yang manis dan lazat.

Baru-baru ini, telah tular di media sosial berkenaan dengan resipi baru yang dipanggil ‘telur dadar pearl’. Seorang pengguna Twitter telah memuat naik foto makanan tersebut dan mendapat reaksi negatif daripada netizen.

Serious lah, telur dadar pearl?

https://twitter.com/NasirPasir/status/1116324908894547971

Rata-rata netizen yang melihat posting tersebut tidak boleh menerima resipi pelik itu, mereka berasa gabungan kedua-dua makanan tersebut sangatlah tidak sesuai dan tidak menyelerakan.

Apabila melakukan carian tentang ‘telur dadar pearl’ di Twitter, ramai turut tidak bersetuju dengan makanan itu dan beranggapan ianya tidak patut diletakkan bersama telur dadar.

Rasa bodoh…

Alien food?

Dah menghina black pearl!

Bukan dibubuh dalam telur dadar!

Rasa kembang…

Nak muntah…

What are you thinking…

Sumber: NasirPasir

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending