Connect with us

Foodie

Netizen dakwa ‘meatballs’ mengandungi babi, ini penjelasan pihak IKEA Malaysia

Published

on

Seperti sedia maklum, IKEA Batu Kawan telah mula beroperasi pada 14 Mac yang lalu dan pembukaan cawangan terbaru IKEA telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Namun, baru-baru ini, telah timbul isu yang tidak menyenangkan apabila sekeping foto telah tersebar di aplikasi Whatsapp berkenaan produk bebola daging IKEA yang didakwa mengandungi bahan khinzir.

Dakwaan tersebut dilaporkan telah tersebar luas di Whatsapp Group dan mencetuskan kebimbangan orang ramai. Selain itu, terdapat pengguna Twitter yang menyoal penggunaan bahan khinzir di IKEA Batu Kawan.

Dapat pengesahan sijil halal daripada JAKIM

Susulan kejadian itu, Muhammad Rizal Sunalim yang merupakan Pengurus Dapur IKEA Batu Kawan telah tampil memberi penjelasan berkenaan dakwaan tersebut.

Beliau telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat kesilapan pada paparan skrin digital yang menunjukkan penggunaan bahan khinzir dalam Kottbullar (meatballs). 

 

Sorry, ada kesilapan pada paparan skrin

Beliau juga mengatakan bahawa, “Kami memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa barangan makanan dimasak segar dan dijual di restoran, bistros serta Sweedish Food Markets IKEA Malaysia adalah daripada pembekal tempatan yang mempunyai sijil halal Jakim.”

“Premis-premis tersebut adalah bebas daripada khinzir dan tiada bahan yang mengandungi alkohol yang digunakan sepanjang proses penyediaan makanan di IKEA,” tambahnya lagi.

Beliau menyarankan orang ramai untuk menghubungi pihak pengurusan IKEA sekiranya mempunyai sebarang kemusykilan.

Sumber: Artikel

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending