Foodie
Nestle perkenal minuman Milo tanpa gula yang pertama di dunia menjelang Jun 2019
Sebut sahaja minuman Milo, pastinya ramai yang mengenali jenama yang berasal dari Australia itu. Milo merupakan campuran susu dan malt yang telah menjadi minuman wajib dinikmati pada waktu pagi.
Milo amat sinonim sebagai minuman berkhasiat dan jenama itu cukup terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, ramai peminat Milo berpendapat bahawa minuman itu boleh mengancam kesihatan orang ramai, kerana mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Berikutan itu, syarikat Nestle telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan minuman Milo tanpa gula (Sugar-free Milo) yang pertama di dunia pada Jun 2019.
Minuman Milo tanpa gula telah dijual di 7-Eleven Thailand
Walau bagaimanapun, minuman Milo tanpa gula hanya boleh didapati di kedai serbaneka 7-Eleven Thailand yang terpilih sahaja pada masa ini. Pemilihan tersebut dibuat berikutan seruan kerajaan Thailand supaya rakyat mereka mengurangkan pengambilan gula dalam kuantiti yang sederhana.
Ini adalah kerana, negara Gajah Putih itu mengalami peningkatan kes penyakit obesiti dan kencing manis dalam kalangan rakyat, sehinggakan kerajaan mereka tidak boleh menangani kos perubatan rakyat yang semakin meningkat naik.
Oleh itu, dengan kehadiran minuman Milo tanpa gula adalah salah satu usaha kerajaan Thailand untuk menangani masalah tersebut.
Malaysia bakal kuatkuasa cukai gula pada Julai 2019
Pada Julai 2019 sebagai langkah berjaga-jaga, Malaysia bakal menguatkuasa cukai baharu iaitu cukai gula bagi mengurangkan kadar peningkatan penyakit seperti obesiti dan kencing manis.
Walaupun minuman Milo tanpa gula belum menembusi pasaran Malaysia, namun kehadiran produk minuman terbaru Milo tersebut, bakal menjamin kesihatan penggemar Milo di luar sana.
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login