Travel
Nelayan guna bom untuk tangkap ikan, 3 penyelam mati di Semporna
Susulan kejadian tiga penyelam yang mati ketika menyelam berhampiran Pulau Kulapuan akibat dari letupan bom ikan, masalah ini wajar dipandang dengan lebih serius.
Nyawa insan tidak bersalah terkorban akibat sikap tamak dan pentingkan diri sendiri oleh nelayan-nelayan yang disyaki pendatang asing.
Penyelam yang terkorban terdiri dari seorang tenaga pengajar penyelam, Ab Zainal Abdu serta dua pelancong China, Zhao Zhong dan Xu Yingjie.
Isu bom ikan ini sering menjadi masalah yang membelenggu kawasan Semporna walaupun telah diharamkan. Penggunaan bom ini adalah dengan meletupkan bom yang diperbuat daripada baja serta dicampur dengan minyak tanah bertujuan untuk menangkap ikan.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Christina Liew berkata, undang-undang serta penalti yang lebih ketat perlu dikenakan kepada pelaku memandangkan ia bukan sahaja berbahaya kepada manusia malah merosakkan alam sekitar dan ekosistem.
“Ia menyedihkan saya bahawa kehidupan telah diambil kerana tindakan pengeboman ikan yang tidak bertanggungjawab ini, yang menyalahi undang-undang,”
Semporna adalah merupakan salah satu tempat pelancongan yang berterusan menerima kunjungan pelancong pada setiap tahun.
Tetapi apa membimbangkan mengenai kedatangan pelancong ramai adalah masalah jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing tanpa izin serta penjenayah yang merentasi sempadan.
Antara jenayah yang sering berlaku adalah bukan sahaja pengeboman ikan, malah aktiviti memburu serta menyeludup penyu juga turut berlaku.
Nelayan tempatan juga menggesa pihak berkuasa perlu memantau serta mengawal ketat aktiviti pelancongan serta perikanan bagi mengelakkan dimonopoli oleh pendatang asing.
Sumber: New Straits Time
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login