Connect with us

Travel

“Negara paling cantik!” -Gadis ini kongsi pengalaman ‘travel’ ke Iceland!

Loryn Naasel

Published

on

Negara Iceland sememangnya lain daripada yang lain dan dikenali juga sebagai “Land of Fire and Ice” malah ada yang beranggapan Iceland sebagai sebuah tempat yang berbeza dari Bumi kerana keunikannya.

Iceland juga merupakan salah satu destinasi yang harus ada dalam senarai percutian anda kerana jika anda perasan negara ini kekurangan hutan akibat Viking yang tiba di sana telah menebang hampir semua pokok-pokok.

Ikuti perkongsian yang turut dilengkapi dengan bajet dan itinerari seorang gadis yang bercuti bersama adiknya ke negara yang sangat mesra alam ini selama seminggu yang pasti akan membuat anda lebih teruja untuk merancang bercuti ke sana.

Penerbangan

Semasa percutian ke Iceland, gadis ini telah memilih penerbangan Emirates Airlines dari Kuala Lumpur ke Heathrow Airport, kos yang diperlukan adalah RM3,200 manakala  penerbangan Icelandair dari Heathrow Airport pulang ke tanah air dengan kos RM1,500.

Sewa kereta

Tambah lagi, gadis ini memilih untuk menyewa kereta sepanjang berada di Iceland dan harga untuk menyewa kereta di sana adalah sebanyak RM2,000 dari hari pertama sampai ke Iceland hingga hari terakhir.

Zalzali atau dikenali sebagai Zal di laman Twitter itu membuat tempahan menyewa kereta di Iceland Car Rental sebelum sampai di sana dan hanya perlu mengambil kereta sewa berkenaan setiba di lapangan terbang.

Penginapan

Dari segi penginapan, gadis ini telah menginap di beberapa buah pusat penginapan sepanjang di sana.

  • Guesthouse Alex.
  • Guesthouse Andre.
  • Shogar Guesthouse.
  • Milk Factory.
  • Birta Guesthouse.
  • Lonsa Guesthouse.

Perbelanjaan

  • Kuala Lumpur ke Heathrow Airport (RM3,200).
  • Heathrow Airport ke Kuala Lumpur (RM1,500).
  • Tukar duit Euro RM1,000 (for entrance fee & snacks).
  • Minyak petrol RM1,300.
  • International Driving License RM150.
  • Kereta Sewa RM2,000.
  • Guesthouse Alex RM250.
  • Blue Lagoon RM240.
  • Guesthouse Pavi RM200.
  • Guesthouse Andre RM200.
  • Seljalandsfoss waterfall RM27.
  • Skogar Guesthouse RM350.
  • Milk Factory RM580.
  • Birta Guesthouse RM300.
  • Lonsa Gueathouse RM300.
  • Makanan (Brahim) RM80.
  • Strokkur Geyser RM24.

 

Day 1 (4 Februari, musim sejuk)

  • Berlepas dari Kuala Lumpur ke Dubai International Airport.
  • Transit 22 jam.
  • Berjalan-jalan sekitar kota London.

Day 2 (5 Feb)

  • Sampai Reykjavik airport, cari money changer and tukar euro to Icelandic krona (ISK).
  • Ambil kereta sewa.
  • Check in di Guesthouse Alex (berdekatan airport).
  • Check out dan teruskan perjalan ke Sun Voyager (sejuk sangat)
  • Reykjavik City Centre (Reykjavik Art Museu, Harpa concert hall dan Hallgrímskirkja church).
  • Lunch subway tuna.
  • Blue Lagoon Geothermal Spa .
  • Check in di Guesthouse Pavi.
  • Aurora hunting pada waktu malam.

Day 3 (6 Feb)

  • Check out dan teruskan perjalanan Strokkur (tempat sejuk sangat).
  • Gullfoss Waterfall (suhu -1 celcius, kadang ada rainbow).
  • Kerid Crater Lake.
  • Check in di Guesthouse Andre.

Day 4 (7 Feb)

  • Check out dan bergerak ke Seljalandsfoss Waterfall (tempat shoot music video Gerua (Dilwale).
  • Sólheimasandur plane crash (ada dalam music video Gerua, pantai pasir hitam dan kena berjalan 8km return untuk ke sini dalam cuaca sejuk).
  • Check in di Skogar Guesthouse (log cabin luar rumah, bila mandi dekat bathtub boleh stargazing).

Day 5 (8 Feb)

  • Check out dan teruskan perjalanan ke Skatafell Waterfall, tempat shooting Gerua juga.
  • Jökulsárlón Glacier Lagoon (masuk percuma).
  • Eldhraun Lava Field (masuk percuma).
  • Check in di Milk Factory, view depan hotel cantik sangat.

Day 6 (9 Feb)

  • Check out dan bergambar depan hotel.
  • Stafdalur Ski Resort, ambil gambar sahaja kerana tutup.
  • Check in di Birta Guesthouse.

Day 7 (10 Feb)

  • Check out dan terus ke Hverir Hot Springs (wap dari lumpur panas dan geiser).
  • Check in di Lonsa Guesthouse.

Day 8 (11 Feb)

  • Check out dan pergi ke Reykjavik Airport.
  • Pulangkan kereta sewa.

Tips

  • Tukar duit Euro dari Malaysia kerana matawang Malaysia tidak diterima di sana.
  • Halal restoran di Reykjavik tetapi harga sangat mahal, untuk lunch sahaja RM60.
  • Pakai baju yang tebal dan hangatkan badan kerana suhu yang rendah.
  • Pastikan tengok weather forecaster tiap hari.
  • Beli tiket penerbangan lebih awal untuk jimat duit.

Sumber : Zalzali

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending