Connect with us

Foodie

Nasi cicak dalam mangkuk hidangan penduduk tempatan di Vietnam

Published

on

Vietnam adalah salah satu negara atau destinasi yang menyajikan makanan unik dan menarik di dunia. Tidak dapat dinafikan lagi makanan yang disajikan di sana menjadikan ia salah satu tarikan bagi pelancong.

Makanan popular yang sering menjadi pilihan di sanalah adalah seperti popia vietnam, pho daging dan kopi Vietnam. Tetapi terbaru, tular di media sosial menu unik terbaru di sana.

Menu popular, Cicak Panggang!

Cicak dibersihkan terlebih dahulu

Proses penyediaan dan pembersihan cicak ini juga amat dimudah sekali dimana semua cicak akan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dijemur.

Cicak yang telah dibersihkan akan diletakkan di satu alat khas untuk tujuan mengeringkannya.

Cicak kering dijual di pasaran juga

Perkongsian yang dibuat di laman Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Bukan setakat itu sahaja, cicak yang telah dikeringkan ini juga dijual di pasaran seperti ikan masin!

“Netizens tidak dapat menerima bahawa orang Vietnam menggunakan cicak panggang untuk membuat makanan aneh seperti ‘nasi cicak dalam mangkuk’. Sesiapa yang mempunyai banyak cicak di rumah, mungkin anda akan mendapat hasil jika anda menjualnya ke Vietnam! “

Menu special cicak panggang

Jika anda ke Vietnam, amda akan disyorkan untuk mencuba menu pelik dan unik di sana oleh penduduk tempatan. Salah satu menu penduduk tempatan yang unik di sana iaitu cicak panggang.

Setelah dipanggang, cicak akan dihidangkan dengan semangkuk nasi untuk dinikmati bersama.

Boleh didapati di pasaran juga

Bukan itu sahaja, penduduk di sana juga menjalankan perniagaan cicak kering dan ia boleh didapati di pasaran sana.

Sumber : Viralcham.com

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending