Connect with us

Travel

“Nampak seperti di Maldives, tapi sebenarnya di Thailand je!”

Published

on

Merancang percutian yang mewah tidak bermakna anda perlu travel jauh dan mengeluarkan bajet yang banyak.

Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke luar negara tetapi dengan bajet yang terhad, anda tidak perlu risau kerana negara jiran kita mempunyai satu tempat yang sangat cantik dan berbaloi untuk dikunjungi.

Bilik nampak mewah yang terapung di tasik

Anda jangan keliru kerana ini bukan di Maldives tetapi resort yang cantik ini di Thailand sahaja.

Z9 Resort nampak mewah dengan bilik-bilk yang terapung di tasik dan struktur yang mesra alam ini diperbuat daripada kayu yang dibuang dan bahan buangan lain.

Mendapat anugerah kerana layanan baik dan mesra

Hanya empat jam dari Bangkok, resort unik ini telah siap pada tahun 2017 dan mendapat anugerah dari Interior Design Awards pada 2018 kerana layanan baik dan mesra yang diberikan kepada pengunjung.

Pengunjung pasti dapat  berehat dengan aman, privasi terjaga dan jauh dari kesibukkan bandar serta kerana resort ini hanya mempunyai 20 bilik sahaja keseluruhannya

Dua jenis bilik ditawarkan

Terdapat dua jenis bilik yang ditawarkan di resort ini yang dibahagikan kepada ‘Escape North’ yang mempunyai 10 buah bilik manakala ‘South the Scene’ mempunyai 5 buah bilik tetapi kedua-duanya mempunyai pemandangan sama.

Apa yang paling menarik adalah anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit kerana setiap bilik dilengkapi teres sendiri yang menghadap ke tasik dan gunung.

Sarapan pula adalah termasuk dalam tempahan bilik, manakala makan tengahari dan makan malam pula ada di bangunan resort utama.

Bilik ‘Escape North’

Bilik-bilik di ‘Escape North’ lebih kecil dan boleh memuatkan sehingga tiga orang dengan katil tambah yang disediakan.

Bilik ‘South the Scene’

Bagi bilik-bilik ‘South the Scene’ pula ia adalah untuk dua orang sahaja dan kemudahan adalah lengkap.

Beberapa aktiviti menarik

Tidak sah jika bercuti anda tidak melakukan aktiviti, di sini terdapat beberapa aktiviti yang menyeronokkan sepanjang penginapan anda seperti berkayak, jet ski di tasik dan pergi ke Air Terjun Erawan.

Air terjun berwarna hijau zamrud

Air terjun tujuh tingkat yang cantik ini terkenal dengan kerana airnya yang bewarna hijau zamrud dan anda boleh merasai pengalaman fish massage yang akan mengigit sel kulit mati di kaki anda.

Hanya 40 minit dari resort, air terjun ini boleh diakses dengan tiga cara mudah iaitu:

  • Memandu sendiri.
  • Meminta pihak resort untuk membantu menguruskan.
  • Menaiki bas dari Kanchanaburi yang akan ke Taman Negara Erawan setiap jam.

Bayaran masuk ke Taman Negara Erawan adalah THB300 (RM41) untuk warga asing dan THB100 (RM13.70) unutk penduduk tempatan.

Sumber : Z9 Resort

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending