Connect with us

Travel

Nak berjalan Eropah punya pasal, lelaki sanggup tidur tepi jalan dengan anak kecil

Published

on

Setiap orang mengimpikan untuk bercuti bersama keluarga atau orang tersayang tidak kiralah di dalam atau luar negara. Walau bagaimanapun, setiap percutian itu perlulah dirancang dengan sebaik mungkin, lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil.

Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi kisah percutiannya bersama isteri dan bayi mereka di Konya, Turkey.

Namun perkongsian itu telah menjadi buah mulut netizen, kerana sepanjang bercuti bersama isteri dan bayinya, lelaki ini tidak menginap di hotel atau rumah penginapan sebaliknya dia memilih untuk tidur di taman awam.

Tidur di tepi jalan dan kerusi kat taman je…

Menerusi posting di Facebook, Zakuan Faiz mendedahkan mereka hanya tidur di tepi jalan dan taman sahaja, kerana merasakan duit yang digunakan untuk membayar hotel itu boleh digunakan untuk kegunaan lain.

Beliau juga mendedahkan taman tempat mereka tidur itu sunyi, bahkan polis juga tiada serta mereka hanya makan biskut dan minum di sana kerana ada paip air yang disediakan oleh kerajaan sana khas untuk minum.

Pernah pergi kem pelarian Syria lagilah dahsyat keadaan

Isteri ada menangis kerana sakit pinggang tanggung beg, anak dan terkandas di lapangan terbang

Beliau juga berkata isterinya tidak merungut, hanya mengadu letih namun isterinya pernah menangis kerana sakit pinggang akibat menanggung beg.

Anak tak banyak ragam, tidur okay..

Manakala isterinya pula, memilih untuk ikut beliau kerana di awal perkahwinan beliau berpesan jika ingin hidup bersama pengembara haruslah berhati kering, sekering biskut.

Nak berjalan Eropah punya pasal, sanggup tidur tepi jalan dengan anak kecil?

Namun, perkongsian yang dibuat beliau telah mendapat kecaman daripada netizen. Mereka beranggapan sebagai seorang suami dan ayah, lelaki ini tidak seharusnya membahayakan diri dengan membiarkan anak dan isterinya tidur di tepi jalan, sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

Ukur baju badan sendiri

Kesian kat anak tu! Bayi lagi…

Fikirlah anak yang kecil lagi tu

Sumber : Zakuan Faiz, Twitter 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending