Foodie
Mushroom Melt Beef Burger antara menu terbaru daripada McDonald’s!
Restoran makanan segera terkenal, McDonald’s baru sahaja memperkenalkan lima menu terbaru keluarannya dan paling istimewa salah satu menu tersebut adalah hasil kerjasama bersama Nestum!
Menu terbaru itu termasuklah menu sarapan, burger terbaru dan tiga menu dessert yang wajib anda cuba di cawangan McDonald’s berhampiran anda.
Crispy Chicken & Scrambled Egg Sandwich
Memperkenalkan menu sarapan pagi iaitu Crispy Chicken & Scrambled Egg Sandwich bagi memulakan pagi anda dengan lebih bersemangat.
Roti burger McDonalds yang lembut dengan gabungan ayam crispy dan telur hancur dengan sos mayo pasti membuatkan anda senang hati.
Mushroom Cheese Melt Beef Burger
Menggunakan daging lembu yang diimport dan ianya adalah 100% dipanggang bagi menambahkan lagi selera.
Nikmati gabungan daging panggang yang juicy digabungkan bersama cendawan dan sos istimewa krim keju Swiss untuk rasa yang enak.
Nestum McFlurry dan Nestum Chocolate McFlurry
Jika sebelum ini, menu McFlurry Salted Caramel menjadi buruan di McDonald’s tapi kali ini khas bagi penggemar Nestum, anda pasti teruja kerana menu terbaru McFlurry McDonald’s yang pasti menambat hati anda.
Nikmati gabungan Nestum kegemaran rakyat Malaysia bersama-sama aiskrim dan coklat, anda pasti dapat merasai kerangupan Nestum itu sendiri.
Cookies & Cream Pie
Anda penggemar pie keluaran McDonald’s? Jangan risau, kerana McDonald’s juga tidak ketinggalan menghasilkan menu terbaru untuk produk pie.
Pasti membuat anda jatuh cinta adalah Cookie & Cream Pie, kerak yang rangup dibuat dari coklat manakala intinya daripada Oreo.
Double Chocolate Oreo McFlurry
Anda sudah boleh bayangkan keenakkan gabungan double chocolate aiskrim coklat Hershey’s bersama Oreo bagi menu dessert McDonald’s.
Manis yang tiada tandingan disertakan dengan kerangupan Oreo yang menggandakan rasa nikmati aiskrim ini.
Sumber : McDonald’s Malaysia
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login