Foodie
Mudah & Jimat! Ini resipi mudah buat ‘Swedish meatballs’ dan kentang putar, sangat sesuai untuk sahur
Pada bulan ramadan ini, pastinya ramai yang memikirkan hidangan apa yang boleh dimasak untuk sahur nanti. Antara idea menu yang boleh disediakan ialah masakan barat seperti meatballs dan kentang putar, yang menjadi kegemaran orang ramai.
Melalui laman Masak Apa Hari Ini (MAHN), seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ida Alina telah berkongsi resipinya membuat ‘Swedish meatballs’ dan kentang putar.
Sedapnya!
Bahan2
Antara bahan yang diperlukan ialah 350 gram daging cincang, 1 dadu bawang Holand, sedikit mentega, sebiji telur, 1 setengah cawan serbuk roti dan susu segar, garam serta lada hitam.

Kentang putar
Sebelum membuat meatballs, anda boleh merebus kentang dahulu hingga lembut. Panaskan sedikit susu dan mentega di atas api hingga ianya mendidih.
Kemudian, masukkan kentang yang masih panas ke dalam susu dan mentega. Lenyekkan hingga ianya halus, dan anda boleh letak garam dan lada hitam.
Cara2 nak buat meatballs
1. Pertama, kisar roti dahulu. Pastikan roti tersebut kering dan tidak mempunyai topping atau filling.
2. Selepas itu tumis bawang menggunakan sedikit mentega, sehingga ianya kelihatan lutsinar. Ketepikan selepas selesai.
3. Campurkan serbuk roti, 1 setengah telur dan cawan susu segar untuk menyiapkan pes roti. Gaul dan ketepikan sebentar.
4. Selepas itu, campurkan daging cincang dengan bawang yang ditumis tadi. Masukkan 1 setengah sudu teh garam, lada sulah dan serbuk lada hitam.
Boleh letak secubit serbuk buah pala mengikut cita rasa masing-masing.
5. Anda boleh masukkan pes roti dan gaul.
6. Seterusnya, gunakan tangan yang basah dan bulatkan adunan tersebut.
7. Panaskan sedikit mentega dan minyak sayur. Goreng meatballs yang dibuat tadi menggunakan api perlahan, sehingga ianya perang sekata.
Jangan digoreng terlalu lama supaya meatballs tidak kering.
Gravy meatballs
1. Masukkan setengah camca besar tepung ke dalam kuali dengan bekas minyak gorengan meatballs tadi. Masak selama seminit dua.
2. Selanjutnya, masukkan susu dan kacau sehingga pekat. Anda boleh tambahkan stok ayam atau tulang lembu untuk menjadikan ianya pekat sedikit.
Tambah garam, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam.
Siap!
Sumber: Ida Alina Salleh
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login