Connect with us

Travel

Modus operandi curi barangan dalam penerbangan terkantoi

Published

on

Pernah atau tidak, anda menghadapi seberang insiden yang tidak diingini semasa ingin menaiki penerbangan anda?

Sebenarnya, pelbagai keadaan boleh berlaku dalam penerbangan dan salah satunya adalah kecurian barangan peribadi yang diletakkan di tempat simpanan bagasi kabin.

Perkongsian Faiz Mokhtar di laman Facebook miliknya tentang hal yang menimpanya itu mendapat pelbagai reaksi dari warganet.

Posted by Faiz Mokhtar on Friday, August 17, 2018

Beg diambil oleh penumpang lain

Faiz dan empat rakan kongsinya sedang dalam penerbangan singkat dari bandar Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2018.

Selepas meletakkan beg komputer ribanya di tempat simpanan bagasi kabin, Faiz telah duduk tanpa menyedari begnya telah diambil oleh salah seorang penumpang.

Mujur salah seorang rakan kongsinya yang duduk di belakang telah menyedari kejadian itu dan memaklumkannya untuk memeriksa jika benar begnya telah hilang.

Beg miliknya diselongkar

Faiz bertindak pergi ke tempat duduk lelaki tersebut dan melihat lelaki itu telah menyelongkar beg miliknya dan lelaki itu kelihatan sedang memegang duit tukaran mata asing (EURO dan USD) , Faiz yakin ia adalah miliknya.

Faiz berhadapan dengan lelaki itu, manakala rakan kongsinya telah mengelilingi mereka dan memeriksa beg miliknya.

Mujur tidak bertindak agresif

Setelah itu, dia telah memaklumkan kejadian itu kepada pramugari. Mujurlah lelaki itu tidak bertindak agresif dan semuanya berlaku sebelum berlepas.

Pihak keselamatan dan polis telah dipanggil serta laporan telah dibuat, manakalah juruterbang dan krew telah membuat pengumuman bahawa penerbangan tidak selamat untuk berlepas sehinggalah lelaki itu keluar dari penerbangan.

Modus operandi sama di negara lain

Anak kapal mengendalikan dengan profesional

Menurutnya, sindiket ini agak berani kerana melakukan modus operandi dalam penerbangan kerana tiada rakaman CCTV sebagai bukti dan akan ada konflik undang-undang jika mereka tertangkap kerana mereka dianggap berada dalam zon antarabangsa.

Kumpulan ini juga akan bertindak tidak faham dan berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa lain. Faiz juga berpesan supaya berhati-hati dengan harta benda milik sendiri, gunakan kunci tambahan untuk beg dan travel dalam kumpulan.

Sumber : Faiz Mokhtar

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending