Connect with us

Foodie

Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’

Published

on

ebut sahaja minuman kordial jenama F&N, pastinya orang ramai akan mengingati wajah comel di botol tersebut.

Pada mulanya, ramai yang beranggapan model tersebut ialah selebriti terkenal tanah air, Liyana Jasmay. Namun, rupanya kanak-kanak di botol itu ialah seorang gadis bernama Madihah Mohd Firdaus, yang kini berusia 21 tahun.

Lejen adik ni!

Dah besar dah, cantiknya!

Kini, anak jati dari Kuala Lumpur itu telah menyambung pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur dalam bidang kejuruteraan. Walaupun bidang tersebut didominasi oleh kaum lelaki, namun ini tidak menghalangnya daripada mengejar minat dalam dirinya sejak kecil lagi.

Takde mood masa sesi fotografi…

Selain itu, dia yang berhasrat melanjutkan pelajaran di dalam kejuruteraan mekatronik di UKM, Skudai telah menceritakan tentang kisahnya yang terpilih menjadi model untuk jenama minuman F&N.

Dia memberitahu bahawa pemilihan telah dibuat oleh sebuah syarikat, dia yang ditemani oleh ibunya telah dipilih selepas berjaya mengharungi beberapa ujian.

Walaupun tidak ada mood semasa sesi fotografi, namun dengan hasil pujukan ayahnya dan team fotografi telah berjaya mengembalikan moodnya yang berumur 5 atau 6 tahun ketika itu.

Kepada netizen di luar sana yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang gadis ini, bolehlah mengikuti perkembangannya di laman Instagram miliknya, dihahmfrds.

Sumber: Artikel

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending