Connect with us

Foodie

Modal tak sampai RM50 dah boleh buat Popia Peppero ni, tapi dia punya ketagih

Published

on

Ramadhan berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya Syawal. Ada sesetengah daripada kita masih lagi belum siap dengan persediaan raya. Tidak lengkap sekiranya perayaan Aidilfitri disambut tanpa biskut raya.

Biskut raya moden ataupun tradisional, kedua-duanya pasti laris jika datang beraya ke rumah.

Resepi “biskut raya budget” dikongsi oleh seorang wanita di laman Facebook beliau dengan menggunakan kulit popiah sebagai bahan utama. Resepi ini sesuai bagi yang ingin cuba berjimat dan membuat biskut raya sendiri.

Antara bahan-bahannya:

1. Apa sahaja jenama kulit popiah

2. Biskut oreo yang dah hancur, sepaket RM13.

3. Coklat putih jenama “Le Bourne”. Sepaket RM15.90.

Cara-cara untuk membuat…

  1. Gorengkan kulit popiah yang siap digulung kecil

2. Cairkan coklat dengan kaedah double boiling

Contoh kaedah double boiling

Tips: Oreo crumbs dan coklat boleh cari dekat kedai kek..

Coklat biasa sedap kalau guna kacang badam tapi badam leceh sikit sebab kena sangai dulu.

Bila dah siap, tak payah letak dalam peti ais. Siap!

Resepi ni sesuai juga untuk buat kudapan sebab bahan-bahan semua mudah dan senang nak dapat.

Sumber: Adilah Bte Othman

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending