Connect with us

Foodie

Modal RM3,000 dapat untung RM40,000 hanya jual nasi lemak!

Avatar

Published

on

Siapa sangka dengan berbekalkan modal RM3,000 tanpa peminjaman daripada mana-mana pihak, Saleha Abdullah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM400,000 sebulan dengan menjual nasi lemak.

Menurut Saleha, perniagaan nasi lemaknya adalah idea daripada suaminya yang meminta dia untuk berniaga di Kampung Pandan.

“…Saya pun mula buat pada peringkat permulaan dalam sekilo beras sahaja. Ia habis dijual dan jumlah itu meningkat dari hari ke hari.” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Saleha mula berkecimpung dalam dunia perniagaan dengan membantu ibunya berniaga di sebuah kedai kecil, 10 tahun yang lalu.

Menurutnya dia hanya menggunakan modal sebanyak RM3,000 sahaja, sebagai modal pusingan. Berkat usaha dan konsistennya, dia berjaya membuka kedai tepi jalan secara kecil-kecilan dengan 20 pekerja.

Apabila ditemu ramah tentang rahsia kejayaannya, dia berkata bahawa tiada apa yang unik tentang nasi lemak yang dijualnya, cuma hati perlu ikhlas dan jangan kurangkan bahan dalam masakan hanya kerana harga barangan naik, ia akan menyebabkan pelanggan lari.

Namun, dia juga mengalami keperitan apabila perniagaannya dicemburui oleh peniaga lain, kerusi dan meja pernah dirampas oleh MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), sehinggakan kedainya tidak mampu beroperasi.

Walau bagaimanapun, kejadian tersebut tidak memutuskan semangat Saleha untuk mengembangkan perniagaannya. Kini, Saleha mempunyai kedai Nasi Lemak Saleha cawangan kedua di Sri Rampai, Wangsa Maju yang bernilai RM3.8 juta.

Kepada mereka yang ingin mencuba hidangan nasi lemak di kedai Nasi Lemak Saleha, bolehlah berkunjung ke No. 8, Jln Seri Rejang 5, Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.

Sumber: Free Malaysia Today 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending