Connect with us

Foodie

Minuman ada anak tikus? Mungkin anda mahu cuba 10 ‘street food’ yang ekstrem ini

Published

on

Sudah menjadi kebiasaan para pelancong untuk menikmati makanan-makanan istimewa yang terdapat di tempat yang mereka kunjungi. Setiap kawasan pasti mempunyai ‘trademark food‘ yang tersendiri. Rugi kalau tidak mencuba bukan?

Selalunya, makanan street food yang dijual di pinggir jalan sering menjadi pilihan. Tapi tak semua street food ini nampak berselera untuk dimakan ya. Ada diantaranya boleh menghilangkan selera individu yang ingin mencubanya.

Jom kita tengok apalah agaknya makanan-makanan yang boleh dikatakan ekstrem ini!

1.Balut

Sanggup ke tak?

Balut merupakan makanan yang tidak asing lagi dengan masyarakat di Filipina. Balut merupakan telur rebus. Tapi telur rebus bukan sebarangan telur. Makanan yang direbus ini berisi janin itik yang masih kecil. Ekstrem ke tak? Ianya direbus secara hidup-hidup.

Proses menyediakan balut mengambil masa, apabila telur berkenaan perlu disenyawakan dan seterusnya diinkubasikan selama 20 hari, baru boleh masak. Makanan ini dikatakan boleh membuat orang ketagih akan rasanya yang lazat.

 

2. Winkles

Macam susah je nak makan satu-satu.

Makanan ini mungkin tidak kelihatan ekstrem seperti yang sebelumnya. Winkles adalah siput kecil yang menjadi makanan orang England.

Mereka biasanya menyediakan siput ini dengan merebus serta menghidangkannya bersama garam serta cuka bagi rasa yang lebih sedap. Siput kecil ini sangat mudah dijumpai dipinggir pantai di pantai barat England.

3. Wain Tikus

Ada jugak yang tergamak nak minum minuman ni.

Wain merupakan antara makanan yang boleh dianggap mewah. Tapi pernahkan anda terfikir, apa rasanya apabila wain tersebut mengandungi bahan lain seperti tikus.

Bayi tikus ini akan ditinggalkan di dalam wain tersebut selama setahun bagi memastikan kelazatannya. Orang Cina percaya minuman ini dapat menyembuhkan penyakit asma meskipun rasanya seperti gasolin.

4. Casu Marzu

Tak rasa kotor ke, dengan ada ulat lagi.

Ini lagi pelik. Macam manalah ada yang sanggup makan. Casu Marzu yang berasal dari Itali ini merupakan keju yang menggunakan bahan asas dari larva terbang serta ulat yang masih hidup.

Keju ini dikatakan lebih sedap dari keju biasa namun penjualannya telah diharamkan oleh Kesatuan Eropah kerana dianggap merbahaya untuk kesihatan. Walaubagaimanapun, keju ini masih boleh didapatkan di pasaran gelap.

5. Isaw

Ada sikit nampak macam sate.

Pelancong yang sudah biasa mengunjungi gerai-gerai street food di Filipina pasti sering terbau akan aroma daging panggang di sekeliling mereka. Salah satu daripanya mungkin adalah kepunyaan makanan unik ini iaitu Isaw.

Isaw merupakan usus babi yang dipanggang. Selain daripada usus babi, penjual biasanya mencampurkan usus babi tersebut dengan usus ayam. Teksturnya yang agak kenyal dan lembut menambah kenikmatan pada makanan tersebut. Bagi menambah kelazatannya, Isaw tersebut akan disiram dengan sos istimewa yang sedikit pedas.

6. Bola mata ikan tuna.

Besarnya mata ikan ni!

Besar betul bola mata ikan tuna di Jepun ni. Yelah, kalau ikannya pun besar, mestilah mata pon ikut besar. Bola mata ini sangat senang didapatkan di pasar-pasar basah di Jepun.

Street food ini dikatakan sangat enak apabila rasanya digambarkan seperti campuran telur rebus serta sotong. Teksturnya juga dikatakan kenyal dan sudah tentu mempunyai kandungan omega 3 yang bagus untuk kesihatan.

7. Andouillette

Rupa okay lagi, rasa macam mana?

Tak jauh bezanya dengan Isaw tadi, Andouilette ini merupakan sosej yang menggunakan usus babi. Ianya dikategorikan ekstrem oleh kerana baunya yang busuk menyerupai bau kotoran babi itu sendiri. Kalah bau busuk, mampu lagi ke nak makan?

Mudah saja cara penyediaannya, usus tersebut dicincang dan dijadikan sosej. Seterusnya digoreng dan dihidangkan bersama krim dan juga sos mustard. Orang Perancis biasanya menikmati makanan ini bersama wain merah.

8. Hakarl

Busuk sangat bau dia orang cakap.

Sesetengah penduduk tempatan menyifatkan makanan ini berbau tengik serta menjijikkan. Hakarl dianggap ekstrem kerana ianya merupakan daging jerung yang melalui proses penapaian dan seterusnya digantung selama 4 ke 5 bulan.

Baunya sangat busuk! Daging ini dihidangkan dalam bentuk kiub dan dikatakan mempunyai khasiat yang sangat hebat.

9. Tiram Rocky Mountain

Hah, taknak cuba?

Selalunya tiram memang boleh dikatakan sedap. Tapi apa bezanya tiram Rocky Mountain ini dengan tiram yang biasa. Rupa-rupanya ia bukanlah tiram yang seperti kita sangka.

Tiram ini adalah merupakan zakar dari babi atau biri-biri yang dikupas, disaluti tepung dan seterusnya digoreng rangup. Naik mual bila tengok. Makanan ini dihidang bersama sos panas dan rupanya setelah digoreng seakan-akan sotong celup tepung.

10. Cacing Mopane

Kembang pipi nak makan weh.

Nampak gambar ulat ni dah boleh buat kembang pipi. Namun hakikatnya, ulat-ulat ini dipaksa keluar dari sarangnya dan terus dimasak hidup-hidup. Ekstrem bukan?

Rasa ulat ini disamakan dengan rasa perut ayam. Tertarik ke tak? Tak nak rasa? Kalau berminat, boleh ke Zimbabwe.

Sumber: Brilio.net

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending