Foodie
Mi segera Myojo yang pedas gila bakal membuatkan korang ketagih!
Ada banyak pilihan mi segera yang terdapat di pasaran sekarang yang pastinya nenjadi rebutan dan pilihan orang ramai mengikut citarasa sendiri.
Dari mi segera viral dari Korea iaitu Samyang hingga yang paling trending sekarang adalah mi segera Myojo, popular di negara jiran, Singapura.
Tipulah jika anda tidak mahu mencubakan? Myojo Dry Bowl Series ini sedang viral di negara kita juga kerana ramai yang memberikan feedback mi segera ini memberikan rasa yang menyegat tapi membuatkan anda ketagih!
Halal dan ada pelbagai pilihan
Myojo baru sahaja melancarkan mi segera dalam bentuk dry bowl atau mangkuk pada bulan Ogos lalu yang pastinya lebih memudahkan.
Empat rasa dalam jenis mangkuk itu adalah Mala Xiang Guo, Char Mee, Mee Poh dan Mee Goreng.
Anda tidak perlu risau kerana mi segera ini dijamin Halal, nak makan hari-hari pun anda pasti puas hati.
Dipenuhi pes rempah rahsia
Perencah mi segera ini penuh dengan pes rempah rahsia dan rasa unik yang menggunakan pelbagai rempah seperti lada Szechuan, cili dan daun ketumbar.
Confirm memberikan rasa yang sedap hingga kecur liur, pedas tak terkata dan pasti membuatkan lidah anda berasa kebas nanti.
Dapatkan segera
Bagi anda yang berani dan ingin mencuba, anda boleh ke beberapa lokasi untuk mendapatkannya secara percuma sepanjang bulan Oktober ini dengan turut sama-sama memeriahkan roadshow Myojo Mala Xiang Guo.
Selain itu, mi segera Myojo ini juga boleh didapatkan di Jaya Grocer, Village Grocer, Tesco atau Ben’s Independent Grocer juga.
Sumber : moneydigest
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login