Connect with us

Travel

“Mereka buat cerita sedih, nak dapat simpati..” – Lelaki ini dedah cara kasar ‘scammer’ di Tanah Suci

Published

on

Tanah Suci Mekah adalah tempat ibadah yang suci bagi setiap umat Islam. Namun baru baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya bertembung dan disapa oleh ‘scammer’ di Tanah Suci ini.

Menurut pengguna Facebook ini, scammer yang menjalankan kegiatan ini telah target kepada jemaah luar. Terdapat beberapa cara yang digunakan scammer untuk mendekati mangsa.

Cara Kasar

Cara 1

Sewaktu berjalan melakukan Tawaf atau Saie, beg yang disangkut atau digantung pada badan berpotensi untuk ditoreh dengan pisau, boleh jadi langsung kita tak perasan akan perbuatan tersebut. *Kebiasaannya mereka mensasarkan wanita.

Cara 2

Dalam kesibukan umat manusia yang ingin mencium Hajarul Aswad, pasti akan ada individu lain berlakon sebagai pengiring dan bertanyakan jika ingin pembantu untuk membantu ke hadapan batu suci itu, setelah mendapatkan duit, mereka akan lari begitu sahaja atau ada yang mengekori sehingga ke hotel. *Penipu ini biasanya di kalangan orang Indonesia.

Cara 3

Disebabkan warna duit 10 Riyal dan juga 100 Riyal hampir sama, jemaah selalu ditipu penjual dengan memberi baki dengan kuantiti sedikit. Sebagai contoh: seorang jemaah wanita membeli air mineral yang berharga 1 Riyal dan menghulur 100 Riyal, namun si penjual telah memberi baki 9 Riyal seolah wanita tersebut memberi 10 Riyal dan cuba untuk menipu.

Cara 4

Wanita Arab berumur meminta simpati dengan cerita sedih dan drama mereka meminta sedekah di sekitar masjidil Haram (sekitar laluan ke Menara Jam). Jika anda tersilap memberi sedekah, kelak makin ramai mengerumuni anda untuk meminta sedekah.

Cara 5

Tak terkecuali dalam scammer ini adalah geng teksi, mereka akan membawa berpusing-pusing dan meminta bayaran lebih dari yang telah ditetapkan atas alasan sesat jalan. *Seeloknya guna aplikasi Grab/Uber

Cara Halus

Cara 1

Didatangi geng-geng Pakistan yang menarik mana-mana individu yang ditarget ke tepi dan membuat cerita sedih, ibu sakit atau keluarga miskin dan memintau duit secara memaksa. Jika anda mengeluarkan duit atau dompet untuk bersedekah kepadanya, nescaya lelaki tersebut akan mengambil keseluruhan duit jemaah tersebut dan terus melarikan diri.

*Rata-rata ramai jemaah yang menjadi mangsa terdiri daripada jemaah dari Malaysia, Indonesia serta Brunei.

Pesanan buat para jemaah

Sekiranya berniat baik untuk bersedekah, lakukan sedekah tersebut kepada cleaner-cleaner atau tukang cuci di sekitar Masjidil Haram tersebut. Ianya lagi indah dan anda tidak akan salah dalam memberikan sedekah kepada orang yang salah dan menipu.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending