Travel
Menerokai Jawa Timur selama 5H4M dengan bajet RM1,300
Jika anda berasa duit tidak cukup untuk travel jauh-jauh, jangan risau kerana di Asia terdapat banyak menarik yang sering kali menjadi tempat percutian.
Negara Indonesia amat terkenal dengan destinasi percutian yang kerap menjadi pilihan orang ramai untuk travel kerana mudah dikunjungi, lebih-lebih lagi rakyat Malaysia.
Seorang gadis yang dikenali sebagai Tunku Amirah, telah memuat naik percutiannya ke Jawa Timur, Indonesia bersama sembilan rakannya yang lain, selama 5 hari 4 malam yang hanya memerlukan bajet tidak lebih daripada RM1,300, bajet tersebut juga termasuk tiket penerbangan pergi dan balik.
Kadar tukaran mata wang
Menurut Amirah, kadar tukaran mata wang antara Malaysia dan Indonesia ialah 1juta rupiah bersamaan dengan RM297, manakala tukaran 2juta rupiah bersamaan dengan RM594.
Kos penerbangan
Semasa percutian ke sana, Amirah telah memilih penerbangan pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Surabaya, kos yang diperlukan adalah RM197 untuk seorang.
Pakej percutian
Pengangkutan, supir, juru pandu, jeep dan tiket masuk adalah termasuk dalam pakej yang diambil oleh mereka.
Penginapan
Amirah dan rakan-rakannya menginap di dua tempat penginapan sepanjang mereka di sana. Penginapan ini sudah termasuk dalam pakej yang diambil oleh mereka.
Pusat penginapan yang dicadangkan oleh gadis ini:
- Saputra View Bormo Guest House
- Capital o 892 Grand Pujon View Hotel & Resort
Day 1
- Sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya (pukul 4 petang)
- Dijemput oleh supir dan terus ke Probolinggo Bromo yang memakan masa 5 jam.
- Check in di Saputra View Bromo Guest House pada pukul 10 malam.
Day 2, Bromo
- Menaiki jeep ke Bromo pada pukul 2.30 pagi.
- Penanjakan View, Bromo.
- Kawah Bromo – anda boleh menaiki kuda ke sini (bayaran untuk menaiki kuda 150k).
- Bukit Teletubies.
- Pasir Berbisik.
- Pulang ke hotel untuk mandi dan lunch sebelum check out untuk ke Banyuwangi yang memakan masa 7 jam perjalanan.
Day 3, Kawah Ijen Blue Fire
- Bermula hiking pada 2.30 pagi dengan track sepanjang 3km, sampai di puncak pada 5 pagi dan tengok sunrise.
- Jika ingin ke Blue Fire, pengunjung harus turun 700m ke bawah.
- Pada 8 pagi, turun semula dan bergerak ke Tumpak Sewu Ijen yang memakan masa tujuh hingga lapan jam.
Hiking mengambil masa selama dua jam dan ia bergantung kepada stamina masing-masing kerana track mencabar dan mental haruslah kuat lebih-lebih lagi cuaca yang sejuk.
Day 4, Tumpak Sewu Waterfall
- Bermula dengan hiking pada pukul 6 pagi dan melawat Tumpak Sewu.
- Pulang semula ke homestay pada 9 pagi.
- Check out dan bergerak ke Malang pada 11.30 pagi.
- Singgah di kampung warna-warni Jodipan pada 2 petang.
- Pada pukul 3.30 petang, meruskan perjalanan ke Batu dan makan malam.
- Check in di Capital O 892 Grand Pujon View Hotel & Resot pada 9.30 malam.
Day 5
- Check out dan ke Sawah Pujon Kidul & Rumah Kayu.
- Sampai di lapangan terbang pada 1 petang.
Tips ke Bromo
Jika anda sudah merancang untuk travel ke Bromo, gadis ini berkongsi tips yang amat berguna untuk anda nanti.
- Anda yang ingin hiking disarankan untuk pergi ke Bromo dahulu sebelum ke Ijen kerana track di Ijen lebih extreme.
- Suhu sangat sejuk di sana dan jangan lupa untuk pakai baju yang tebal sedikit untuk mengelakkan anda kesejukkan.
- Di Ijen, anda harus sentiasa pakai penutup mulut dan hidung kerana ada asap sulfur di sana.
- Harga pakej adalah lebih murah jikalau anda pergi beramai-ramai.
Sumber : @Amirahtunku
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login