Foodie
Memang betul2 ‘dewa’, Restoran Dewakan cipta sejarah berjaya tersenarai ’50 Restoran Terbaik Asia’
Walaupun nama restoran ‘Dewakan’ masih asing dalam kalangan rakyat tempatan, namun restoran yang terletak di Shah Alam ini telah tersenarai dalam ‘Asia’s 50 Best Restaurants’ untuk tahun 2019.
Restoran tersebut menduduki tempat ke-46 daripada 50 restoran dan telah dinobatkan sebagai restoran terbaik di Malaysia. Pencapaian ini juga menunjukkan restoran ‘Dewakan’ adalah restoran pertama Malaysia yang berjaya menempatkan nama dalam senarai berprestij itu.
Kejayaan mereka telah dikongsi melalui laman sosial Instagram dan muat naik tersebut telah mendapat 1,290 tanda suka (likes) setakat ini.
Restoran pertama Malaysia yang tersenarai!
Tahniah!
Oh, ni rupanya maksud ‘Dewakan’…
Restoran yang diberi nama ‘Dewakan’ ini mempunyai maksudnya yang tersendiri, nama tersebut merupakan nama gabungan ‘dewa’ dan ‘makan’ yang bermaksud makanan dari Tuhan (food from God).
“It’s nice to be acknowledged for the work that’s being done by all in Malaysia, the farmers, the producers and other restaurants who are pushing it everyday as well as our guests and the guys at the restaurant now and before,” kata Chef Darren Teoh kepada portal Lifestyle Asia.
Macam2 menu best…
Restoran yang ditubuhkan pada tahun 2015 ini menyediakan hidangan makanan seperti mango curry, black banana porridge, mushroom tartlet, baby corn, savoury cake dan banyak lagi.
Pelanggan juga boleh membuat tempahan terlebih dahulu supaya ia memudahkan anda apabila berkunjung ke restoran itu.
Kepada pelanggan yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan restoran ini, bolehlah melayari laman sosial mereka di Facebook dan laman web rasmi ‘Dewakan’.
Sumber: LifeStyle
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login