Connect with us

Foodie

McDonald’s keluarkan Hello Kitty ‘carrier’

Published

on

Syarikat makanan segera McDonald’s baru-baru ini telah mengeluarkan Hello Kitty Carrier yang boleh digunakan untuk meletakkan air minuman dan juga kentang goreng.

Namun Hello Kitty Carrier tersebut hanya boleh didapati di McDonalds Singapura sahaja. Dengan setiap pembelian mana-mana hidangan di McDonald’s, pelanggan boleh menikmati pembelian bekas Hello Kitty ini dengan harga $7.90 (RM24) sahaja dalam satu transaksi resit, memang berbaloi!

Hanya $7.90 sahaja dapat Hello Kitty Carrier

Gigih beratur seawal 5.30 pagi

Walaupun hanya mula dijual pada pukul 7 pagi, tetapi seawal 5.30 pagi kelihatan ada yang gigih beratur di hadapan McDonald’s, kerana tidak mahu ketinggalan mendapatkan bekas Hello Kitty itu.

Diberikan tiket giliran

Pelanggan akan diberikan dua tiket setiap seorang yang mempunyai nombor untuk memudahkan pembelian tanpa perlu beratur panjang, serta mengelakkan suasana tidak terkawal dan huru-hara.

Terhad kepada 2 unit setiap pembelian

Setiap pembelian Hello Kitty Carrier ini terhad kepada dua unit sahaja bagi setiap pelanggan dan segala proses pembelian berjalan dengan begitu lancar.

Dapat kopi dan teh percuma!

Malah, salah satu cawangan McDonald’s di Singapura telah memberikan minuman kopi dan teh secara percuma kepada pelanggan yang sedang menunggu.

Sumber : McDonald’s SG

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending