Connect with us

Foodie

Malaysia tidak tersenarai dalam rancangan Netflix ‘Street Food Asia’, netizen luah ketidakpuasan hati di media sosial

Published

on

Netflix telah mengumumkan rancangan terbaru mereka, ‘Street Food Asia’ melalui laman Twitter mereka. Rancangan tersebut adalah siri yang bertemakan makanan dari rantau Asia, antara negara yang tersenarai adalah Thailand, Vietnam, India, Taiwan, Korea Selatan, Indonesia, Jepun, Filipina dan Singapura.

Dalam trailer berdurasi 2 minit tersebut, ternyata Malaysia tidak tersenarai dalam rancangan terbaru itu. Berikutan itu, netizen telah meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dengan keputusan yang dibuat oleh Netflix.

What? Tak ada Malaysia?!

Sebahagian netizen telah meluahkan perasaan kecewa mereka di ruangan komen dengan mempersoalkan ketiadaan nama Malaysia walaupun terletak di antara kedua-dua buah negara yang terpilih, iaitu Thailand dan Singapura.

Tambahan lagi, segelintir netizen juga berasa hairan dengan pemilihan Kota Singa sebagai destinasi ‘street food’ berbanding dengan variasi sajian yang terdapat di Malaysia.

Ever heard of that? It’s sandwiched between Thailand & Singapore…

I’m shocked that Malaysia is not included!

Since when Singapore got more variety food than Malaysia?

Why skip Malaysia?

Choosing Singapore instead…

What has the tourism ministry been doing…

Selain itu, terdapat netizen yang merasakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia kurang mempromosikan hidangan Malaysia ke mata dunia. Berikutan itu, makanan Malaysia tidak popular dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Sumber: Malay Mail

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending