Connect with us

Foodie

Makanan Thailand tangga teratas, kajian YouGov dedah makanan Malaysia bukan pilihan ‘Mat Salleh’

Published

on

Antara perkara yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia adalah kepelbagaian juadah makanan, daripada masakan Melayu sehinggalah ke hidangan unik Sabah dan Sarawak. Antaranya ialah nasi lemak, char kuey teow, roti canai dan ambuyat.

Rakyat Malaysia haruslah berasa syukur kerana diberi kesempatan untuk menikmati banyak aneka makanan daripada pelbagai budaya. Dengan ini, orang ramai boleh mempelajari dan memahami adat dan budaya sesuatu kaum.

Malaysia dapat nombor ke-20!

Walau bagaimanapun, terdapat kajian yang mengatakan bahawa juadah makanan Malaysia tidak popular dalam kalangan masyarakat luar negara. Kajian itu telah dilakukan oleh sebuah syarikat penyelidikan pasaran, YouGov, yang melibatkan 25,000 responden daripada 24 negara.

Selain itu, kajian tersebut menunjukkan peminat terbesar makanan tempatan adalah daripada masyarakat Malaysia itu sendiri. Malah, negara ini memperolehi kedudukan ke-20 di belakang negara jiran, Singapura (18th) dan Indonesia (19th) dalam kajian itu.

Menurut kajian tersebut, juadah makanan yang diminati oleh orang ramai jatuh kepada negara Italy (84%), yang mendapat kedudukan pertama, diikuti negara China (78%) dan Jepun (71%).

Hanya 25% rakyat Jepun yang minat makanan Malaysia…

Selain masyarakat Singapura (91%) yang gemar dengan hidangan negara ini, Australia (76%) juga merupakan peminat kepada aneka makanan Malaysia. Kedua-dua negara tersebut menduduki tempat kedua dan ketiga, di belakang Malaysia (97%).

Namun, masyarakat Jepun kurang meminati juadah Malaysia apabila hanya 25% sahaja yang meminati makanan Malaysia.

Orang Malaysia paling suka makanan Thailand!

Melalui kajian itu, didapati rakyat Malaysia paling minat juadah makanan Thailand dengan memperolehi 91%, kedudukan pertama ini dikongsi bersama negara Singapura.

Kepada peminat aneka makanan tempatan, kajian ini tidak menentukan pandangan keseluruhan sesebuah negara, setiap individu mempunyai pilihan dan cita rasa masing-masing. Sebagai rakyat Malaysia, pastinya juadah Malaysia menjadi makanan favourite kita.

Sumber: Artikel 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending