Foodie
“Makan tepi longkang tapi harga Grand Hyatt!” – Warung nasi lemak tepi jalan caj RM100
Memilih menikmati makanan di gerai tepi jalan didorong oleh beberapa faktor, antaranya inginkan harga yang berpatutan, selain mahu merasai hidangan street food.
Terbaru seorang pengguna Twitter, yang dikenali sebagai naimxazhar telah meluahkan perasaan kecewa apabila dikenakan bayaran sebanyak RM100 oleh sebuah warung nasi lemak tepi jalan.
Perkongsian itu telah tular di media sosial, apabila muat naik tersebut mendapat 4,700 retweet daripada pengguna Twitter.
Tak terkejut aku dengan servis kat kaunter macam…
Menurut pemuda itu, dia dan rakan-rakannya terkejut dengan harga yang dikenakan sedangkan mereka hanya menikmati hidangan 20 bungkus nasi lemak, 7 cawan teh o ais dan lauk dalam kuantiti yang sedikit.
Tambahnya lagi, pelayan di gerai tersebut juga bersikap kurang ajar dengan memakinya apabila dia cuba mengambil lauknya sendiri, dan mempersoal bagaimana nasib keluarga susah yang berkunjung ke warung tersebut.
Tahu2 je lauk RM60…
Bayangkan kalau ada family susah teringin nak makan nasi lemak RM1!
Pelayan tu biadap dan perasan ‘gangster!’
Berikutan itu, pemuda itu turut mencari ulasan tentang warung nasi lemak tersebut.
Rata-rata netizen yang pernah berkunjung ke warung itu, turut tidak berpuas hati dengan layanan dan harga yang dikenakan ke atas mereka.
Workers have no manners at all & the price is ridiculous…
Seharusnya peniaga makanan harus mengutamakan keselesaan pelanggan, dan tidak mengenakan harga makanan yang mahal.
Sumber: Twitter
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login