Foodie
“Makan sedap, tapi gerai kotor dan jijik!” -Gerai tomyam diarah tutup
Setiap kali kita berkunjung di kedai makan atau restoran, kita pasti menitikberatkan rasa makanan yang sedap dan paling penting adalah tahap kebersihan.
Bagai mimpi jadi kenyataan apabila sebuah premis kedai makan di Bukit Katil, Melaka bukan sahaja dalam keadaan yang “luar biasa” tetapi pasti membuatkan anda terkejut dan loya.
Seorang pengguna laman Facebook yang dikenali sebagai Abdul Razak Othman telah membuat perkongsian mengenai sebuah kedai makan di Bukit Katil yang telah tular dan mendapat respons negatif daripada netizen.
Keadaan kotor dan menjijikkan
Keadaan kedai makan masakan Thai (tomyam) yang beroperasi dalam keadaan yang sangat kotor dan menjijikkan itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,300 oleh Jabatan Kesihatan negeri.
Pekerja tidak ada suntikan tifoid
Operasi yang diadakan bermula jam 8 malam tersebut mendapati pekerja di kedai makan itu juga tidak mempunyai suntikan tifoid iaitu suntikan vaksin yang wajib untuk semua pengendali makanan.
Selain itu, pengusaha premis makanan tersebut dikenakan empat notis kompaun atas pelbagai kesalahan lain kata Exco Kesihata dan Antidadah negeri, Low Chee Leong.
Tahap kebersihan 70 peratus ke bawah
Premis berkenan juga berada pada tahap kebersihan 70 peratus ke bawah berpandukan kepada garis panduan serta kriteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan.
Pembersihan menyeluruh
Kedai makan itu akan dibenarkan beroperasi semula dimana diarahkan untuk membuat pembersihan yang menyeluruh dalam tempoh penutupan dan akan diperiksa semula oleh Jabatan Kesihatan.
Sumber : Bernama
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login