Connect with us

Foodie

“Makan lemang satu set dengan rendang!” -Wanita ini perkenal lemang sushi, inovasi ‘dua dalam satu’

Published

on

Lemang merupakan makanan kegemaran ramai kerana rasanya yang enak, namun siapa sangka makanan berasaskan lemang boleh mengalami pembaharuan apabila telah wujud lemang sushi.

Seorang usahawan tempatan, yang dikenali sebagai Zuriati Sulaiman, 52 tahun telah membuat kelainan dengan meletakkan inti di dalam hidangan tradisi tersebut.

Oleh itu, makanan itu diberi nama sebagai lemang sushi, kerana bentuknya seperti makanan asli Jepun, sushi.

Menurut beliau, idea untuk menghasilkan lemang sushi tercetus apabila beliau dan suaminya mendapat mesin pembakar lemang daripada Jabatan Pertanian Negeri Sembilan (JPNS) pada tahun 2016. Kemudian, suaminya mendapat idea untuk memasukkan inti dalam lemang tersebut, maka terhasilnya lemang sushi.

Wow, ada macam2 jenis! Terliur tengok…

Kini, makanan lemang sushi telah berjaya menjadi fenomena di seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak. Antara jenis lemang sushi yang boleh didapati di pasaran ialah serunding daging, ayam, ikan bilis dan durian.

Orang Nismilan buat lemang sushi!

Usahawan yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berkata, lemang tersebut tidak dibakar menggunakan buluh malah, ianya dibalut dengan daun pisang dan dibakar dalam ketuhar khas. Namun, mereka masih mengekalkan resipi tradisional iaitu menggunakan santan dan beras pulut.

Terbaru, lemang sushi tersebut turut menarik perhatian pengedar dari China yang mempunyai hasrat untuk memasarkan produknya di negara itu.

Namun, disebabkan kekangan dari segi kemudahan masak dan kekurangan tenaga kerja, beliau masih mempertimbangkan perkara itu.

Kepada mereka yang berminat untuk membeli lemang sushi, hidangan tersebut dipasarkan pada harga RM18 hingga RM20. Pelanggan boleh mendapatkannya menerusi pesanan melalui aplikasi Whatsapp atau melayari laman sosial Facebook mereka.

Sumber: Artikel

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending