Connect with us

Travel

“Macam baru kena serang!”- IKEA Batu Kawan bersepah, lelaki ini kecewa mentaliti kelas ketiga rakyat Malaysia

Published

on

Pembukaan IKEA Batu Kawan secara besar-besaran di Pulau Pinang sudah semestinya mengembirakan penduduk di negeri Utara seperti Perlis dan Kedah.

Namun baru-baru ini, telah timbul isu yang tidak menyenangkan apabila seorang pengguna Facebook, iaitu Kelvin Soon telah memuat naik posting yang bertajuk “Rape scene in IKEA Batu Kawan – a mirror of Budaya Malaysia?” berkenaan keadaan bersepah yang berlaku di IKEA Batu Kawan.

Pengguna Facebook itu telah memuat naik foto yang menunjukkan bahagian pameran yang bersepah, terutamanya ruangan bilik tidur dan ruang tamu.

Rupa dah tak macam bilik tidur dah gaiss…

Kelvin meluahkan rasa kecewanya dengan menyifatkan keadaan bersepah di IKEA Batu Kawan tersebut seperti baru dirompak. Meja, kerusi, selimut dan semuanya tidak berada di tempat yang sepatutnya.

Berikutan kejadian yang memalukan itu, Kelvin dilihat menyalahkan sistem pendidikan negara kerana melahirkan individu yang tidak bertimbang rasa.

Memalukan! Ingat ni rumah sendiri ke?

Penat sangat ke, sampai nak baring atas katil?

Melalui posting berkenaan, dia juga meluahkan bahawa mentaliti masyarakat Malaysia masih berada di takuk lama walaupun dalam pemerintahan ‘Malaysia Baru’.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertamadun, kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dan bertimbang rasa. Percayalah, sebuah negara tidak akan maju jika rakyat masih berfikiran mentaliti kelas ketiga.

Semoga kes di IKEA Batu Kawan dijadikan pengajaran kepada semua, supaya menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.

Sumber: Facebook Kevin 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending