Travel
Logo baru Tahun Melawat Malaysia 2020 diterima semua
Ingat lagi tak kisah kontroversi pasal logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang sebelumnya. Logo tersebut mendapat kritikan dan tentangan oleh ramai orang kerana rekabentuk yang sangat tidak menarik.
Walaubagaimanapun, logo tersebut tetap dipertahankan oleh Menteri Kebudayaan dan Pelancongan ketika itu iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengatakan rekaan tersebut dihasilkan oleh kakitangannya tanpa ada bayaran.
Logo Tahun Melawat Malaysia memainkan peranan yang penting dalam industri pelancongan Malaysia disamping membawa imej negara. Setelah kerajaan bertukar tangan, pucuk pimpinan kementerian juga sudah bertukar.
Semalam, logo baru Tahun Melawat Malaysia 2010 yang baru telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dr Mahathir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Logo tersebut adalah hasil daripada hasil ciptaan pereka grafik, Alfred Phua Hong Fook dan telah berjaya mengetepikan peserta lain yang bertanding untuk memenangi rekaan terbaik bagi pertandingan mereka logo Tahun Melawat Malaysia 2020.
Pemilihan logo yang dihasilkan Alfred telah menampilkan ikon Malaysia yang sangat sinonim iaitu burung kenyalang, bunga raya, paku pakis liar, serta menggunakan warna bendera Malaysia.
“Logo tersebut memaparkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna serta pengalaman yang ditawarkan Malaysia sebagai sebuah destinasi percutian”
Kempen Tahun Melawat Malaysia Tahun 2020 ini diharap berjaya mencapai sasaran dalam usaha menarik 30 juta pelancong serta mencapai RM100 bilion perbelanjaan pelancong.
Sumber: Berita Harian
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login