Travel
“Licik dan pro betul!” -Aksi penyeluk saku di Paris dirakam tidak sengaja oleh pelancong Malaysia
Aktiviti menyeluk saku merupakan satu jenayah yang sering berlaku di tempat awam terutamanya kawasan tumpuan ramai.
Walaupun berkunjung ke luar negara, pelancong dinasihati untuk berhati-hati kerana anda boleh menjadi ‘target’ mudah kepada pelaku lick yang menjalankan kegiatan mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Naufal Bakhudin, telah memuat naik sebuah video berdurasi selama 1 minit. Ketika melancong ke Kota Paris, Naufal secara tidak sengaja telah merakamkan aksi penyeluk saku.
Penyeluk saku profesional ni!
https://www.facebook.com/naufalbakhudin/videos/vb.100010802859891/792470384456383/?type=2&video_source=user_video_tab
Dalam video tersebut, kelihatan Naufal dan rombongan sedang berjalan di sekitar Paris. Naufal yang menggunakan mod kamera 360 darjah, telah secara tidak sengaja merakam aksi penyeluk saku sedang melakukan kegiatan jenayah mereka.
Kejadian itu telah mengakibatkan rakan mereka menjadi mangsa. Aksi penyeluk saku ini dilihat sangat licik dan terlatih, sehinggakan kegiatan itu tidak disedari oleh orang sekeliling.
Bahaya, Kota Paris ramai penyeluk saku!
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut turut tag ahli keluarga dan rakan-rakan mereka di ruangan komen video itu.
Dekat pun ramai yg buta…
Phone and wallet dlm pocket actually…
Namun begitu, ada yang memberi nasihat supaya pelancong meletakkan barang berharga di poket, manakala beg galas hanya dijadikan tempat simpanan makanan dan keperluan.
Susulan kejadian itu, Naufal berharap video tersebut boleh dijadikan tauladan kepada mereka yang mempunyai hajat untuk bercuti di negara Eropah khususnya Paris.
Sumber: Facebook Naufal
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login